AirAsia perluas strategi penerbangan kebebasan kelima dengan laluan baharu Kaohsiung-Osaka
SEPANG, 5 Februari 2025 – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) memperluaskan strategi penerbangan kebebasan kelima dengan laluan baharu Kaohsiung–Osaka di mana pengoperasian ini adalah sebahagian daripada perkhidmatan Kuala Lumpur–Kaohsiung. Langkah ini menandakan fasa pertumbuhan seterusnya bagi rangkaian syarikat penerbangan tersebut di seluruh Asia Utara.
Berdasarkan kejayaan laluan penerbangan kebebasan kelima pertamanya yang dilancarkan tahun lalu, yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Fukuoka melalui Taipei, AirAsia terus memperluaskan strategi ini dengan melangkaui laluan tradisional serta mewujudkan kesalinghubungan baharu merentasi rangkaiannya. Penambahan laluan Kaohsiung–Osaka ini mengukuhkan hubungan antara Taiwan dan Jepun, di samping memanfaatkan Kuala Lumpur sebagai hab utama dalam rangkaian lebih luas syarikat penerbangan tersebut.
Bermula 15 Jun 2026, AirAsia akan mengendalikan laluan baharu yang menghubungkan Kaohsiung ke Osaka dengan penerbangan secraa harian dan juga tambahan kepada laluan sedia ada iaitu Kuala Lumpur–Kaohsiung. Laluan penerbangan kebebasan kelima yang baharu ini memperkukuh kehadiran syarikat penerbangan tersebut di Asia Utara serta menyokong permintaan perjalanan yang semakin meningkat antara Taiwan dan Jepun, di samping menawarkan para tetamu lebih banyak pilihan perjalanan yang lancar merentasi pelbagai destinasi melalui rangkaian kukuh AirAsia.
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengurus Besar AirAsia Malaysia, berkata: “Permintaan yang tinggi untuk laluan kebebasan kelima pertama kami antara Taipei dan Fukuoka tahun lalu adalah bukti kejayaan strategi ini dengan purata faktor muatan penumpang melebihi 90 peratus sejak penerbangan tersebut beroperasi. Berdasarkan momentum ini, kami kini memperkenalkan laluan baharu Kaohsiung–Osaka yang merupakan sebahagian daripada rangkaian berterusan kami, di mana kami mengukuhkan laluan sedia ada sambil membuka peluang pasaran baharu.”
Bagi meraikan pelancaran ini, AirAsia akan menawarkan tambang promosi istimewa bagi penerbangan dari Kaohsiung ke Osaka bermula daripada TWD2,690* termasuk semua hala, manakala penerbangan dari Osaka ke Kaohsiung ditawarkan bermula daripada JPY11,990* termasuk semua sehala. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini sehingga 15 Februari 2026, untuk tempoh perjalanan antara 15 Jun 2026 dan 24 Oktober 2026, melalui aplikasi AirAsia MOVE dan laman web airasia.com.
Jadual Penerbangan antara Kaohsiung (KHH) dan Osaka (KIX):
Osaka adalah salah satu bandar paling dinamik di Jepun, terkenal dengan budaya makanan jalanan yang meriah, sejarah yang kaya dan tenaga bandar moden. Sebagai hab komersial dan pelancongan utama, bandar ini terus menarik pelancong dari seluruh Asia untuk tujuan santai mahupun perniagaan. Perkhidmatan baharu Kaohsiung–Osaka ini turut mengukuhkan peluang pelancongan dan perjalanan antara Taiwan dan Jepun, menyokong permintaan dua hala yang semakin meningkat antara kedua-dua destinasi tersebut.
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja serta caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.