AirAsia rai kejayaan di peringkat antarabangsa dengan tambang diskaun sehingga 27 peratus* bagi semua tempat duduk dan penerbangan
17 Kali Berturut-turut Diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia
SEPANG, 19 September 2026 – AirAsia meraikan kemenangan ke-17 berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, satu pencapaian yang membuktikan kepercayaan jutaan para tetamu yang terus memilih AirAsia sebagai pilihan perjalanan mereka. Sempena dengan kejayaan ini, nikmati diskaun sehingga 27 peratus* bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan dan jadikan pengembaraan anda yang seterusnya lebih bermakna bersama AirAsia.
Tempoh Tempahan:
Kini hingga 27 September 2026
Tempoh Perjalanan:
Kini hingga 31 Ogos 2027
Raikan Bersama dengan Lebih Banyak Manfaat:
Perlu mengubah rancangan perjalanan? Nikmati pengecualian yuran perubahan sekali** apabila anda perlu mengubah rancangan perjalanan, tanpa sebarang yuran pemprosesan. Perbezaan tambang mungkin dikenakan.
Nikmati diskaun sehingga 30%*** untuk Value Pack dan lengkapkan perjalanan anda dengan lebih mudah, termasuk bagasi daftar masuk, hidangan, tempat duduk serta pelbagai lagi keperluan perjalanan.
Terokai lebih banyak destinasi bersama AirAsia dan cipta lebih banyak pengembaraan bermakna bersama kami. Raikan 17 tahun AirAsia sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, dan nantikan lebih banyak perjalanan yang bakal datang. Tempah percutian anda seterusnya melalui AirAsia MOVE.
*Diskaun hanya terpakai untuk perjalanan sehala dan tambang asas, tidak termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api serta caj-caj lain yang berkenaan.
**Perbezaan tambang mungkin dikenakan. Tertakluk pada Terma dan Syarat.
***Sah untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal melalui AirAsia MOVE, tertakluk pada ketersediaan. Tertakluk pada Terma dan Syarat.