AirAsia rai kemenangan anugerah Emas selama sedekad di Anugerah Jenama Putra 2019

Kenyataan Gambar: Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw besama juruterbang dan kru kabin AirAsia di Anugerah Jenama Putra 2019.

Kenyataan Gambar: Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw besama juruterbang dan kru kabin AirAsia di Anugerah Jenama Putra 2019.

KUALA LUMPUR, 28 September 2019 - AirAsia telah memenangi anugerah Emas dalam kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan di Anugerah Jenama Putra 2019, mengekalkan kedudukannya sebagai jenama syarikat penerbangan pilihan Malaysia selama sedekad.

Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw di majlis yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami atas undian mereka. Kami berbesar hati kerana jenama AirAsia terus menjadi pilihan semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila kami kini ke arah menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan dan gaya hidup. Anugerah ini ditujukan kepada semua yang menyokong kami, dan kepada Allstars yang bekerja keras membangunkan AirAsia sehingga ia menjadi jenama terunggul seperti hari ini.”

Anugerah Jenama Putra, yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dan diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), adalah anugerah jenama berprestij di Malaysia yang menentukan pilihan pengguna. Ia melibatkan proses komprehensif dengan kerjasama rakan penyelidikan global Ipsos, sebuah agensi penyelidikan global terkemuka yang terdiri daripada lebih 16,000 kakitangan di 88 negara.

Sejumlah 23 kategori dipertandingkan pada tahun ini, dan sebanyak XX, XXX responden dari seluruh Malaysia memberikan pandangan dan pilihan tentang kesedaran, keinginan, kepercayaan dan sokongan terhadap jenama-jenama dalam pelbagai kategori.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia). 

Malaysia, News, EnglishM AKuala Lumpur