AirAsia rai penerbangan antarabangsa pertama ke Sabah

Ketibaan penerbangan AK1794 dari Singapura ke Kota Kinabalu menandakan pembukaan semula ruang udara Sabah untuk penerbangan antarabangsa

Kepsyen Gambar: Enam dari kiri: Dato Sri Dr Anil Jeet Singh Sandhu, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia; YB. Datuk Joniston, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan and Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah; Datuk Mohd Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar; Datuk Dr Rose Nani Binti Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah; Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial (penerbangan AirAsia); dan Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah di majlis menyambut ketibaan penerbangan AirAsia AK1794 dari Singapura ke Kota Kinabalu, penerbangan antarabangsa pertama ke Sabah selepas dua tahun.

KOTA KINABALU, 16 April 2022 - Ketibaan penerbangan AK1794 AirAsia dari Singapura ke Kota Kinabalu menandakannya sebagai penerbangan antarabangsa pertama ke Sabah selepas dua tahun, yang disambut meriah dengan pancuran air semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Penerbangan antarabangsa sulung pasca pandemik dengan nombor pesawat AK1794 yang berlepas dari Singapura tepat pada jam 12.10 tengah hari dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 2.30 petang ini membawa seramai 124 orang tetamu di dalam pesawat A320 yang mempunyai 180 tempat duduk. Para tetamu dalam penerbangan itu disambut oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, bersama-sama Dato’ Sri Dr Anil Jeet Singh Sandhu, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia; Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB); and Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial (Penerbangan AirAsia).

Kini tiga penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Singapura dengan tambang promosi sehala termasuk semua tersedia untuk tempahan di airasia Super App daripada serendah RM149 sahaja dari sekarang hingga 31 Oktober 2022.

Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu dan Singapura

Selain Singapura, AirAsia juga telah menyambung semula penerbangan ke India, Brunei, Maldives, Filipina, Bangladesh, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Laos, Vietnam dan Kemboja dari Kuala Lumpur. Lebih banyak penerbangan antarabangsa ke/dari Kota Kinabalu akan mula beroperasi tidak lama lagi.

YB Datuk Jafry Hj Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabah berkata: “Sejak sempadan antarabangsa dibuka semula pada 1 April 2022, kami telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengekalkan Sabah sebagai tumpuan pelancong selepas dua tahun memerangi pandemik semasa. Dengan sokongan pihak berkepentingan penting seperti AirAsia, yang sentiasa menyediakan penerbangan tambang rendah untuk menghubungkan orang ramai ke Sabah, kami yakin industri pelancongan tempatan akan kembali ke tahap pra-pandemik tidak lama lagi.”

Puan Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menambah: “STB akan terus mempromosikan Sabah sebagai destinasi percutian pilihan kepada warga Singapura dan juga menggunakan hab Singapura yang popular sebagai titik transit bagi pengembara pasaran jarak jauh untuk melancong ke Sabah. Kami berbesar hati kerana penerbangan antarabangsa telah disambung semula secara berperingkat kerana kami amat bergantung kepada trafik perjalanan udara untuk ketibaan pelancong di negeri ini.”

Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial (Penerbangan AirAsia) berkata: “AirAsia berbesar hati untuk mengalu-alukan penerbangan antarabangsa pertama kembali ke negeri Sabah, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah, dan semua pihak lain yang terlibat dalam majlis sambutan yang penting pada hari ini. Hari ini juga menandakan satu lagi permulaan baharu untuk kami sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang rendah pilihan ramai, dan AirAsia akan terus bekerjasama dengan pemain industri dan pihak berkepentingan pelancongan Sabah untuk memulihkan industri selepas dua tahun.

“Sabah terkenal di seluruh dunia dengan keindahan alam semula jadi, baik di darat mahupun lautan, selain daripada rakyat Sabah yang mesra dan juadah tempatan yang enak serta pelbagai makanan laut. Sebelum pandemik, AirAsia mempunyai bahagian pasaran sebanyak 44.3% untuk ketibaan pelancong antarabangsa ke Sabah, dan kami komited untuk membina semula bahagian pasaran tersebut dan mengalu-alukan pelancong dari seluruh rantau ini menaiki penerbangan kami untuk kembali melancong ke Sabah.”

AirAsia kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan di bawah langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat. Kini, sebanyak 95% daripada keseluruhan tetamunya telah beralih kepada ciri daftar masuk kendiri melalui airasia Super App dan laman web, satu inisiatif yang disarankan kepada semua penumpang semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun lalu dan akan terus menjadi sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi pelan mitigasi Covid-19 melalui operasi tanpa sentuhan.

Sebagai sebahagian daripada proses pendidikan yang berterusan, AirAsia menggalakkan semua tetamu untuk memuat turun dan menaik taraf aplikasi airasia Super App mereka untuk perjalanan yang lancar dan tanpa sentuhan. Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter AirAsia kini hanya tersedia untuk tetamu tertentu sahaja di semua lapangan terbang di Malaysia bermula 1 April 2022. Antara tetamu yang dikecualikan adalah warga emas berusia 70 tahun ke atas, orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penumpang remaja yang membuat perjalanan bersendirian, tempahan berkumpulan seramai 10 orang tetamu, penumpang penerbangan sewa khas dan lain-lain. 

AirAsia telah diiktiraf dengan tahap keselamatan tertinggi sebanyak dua kali berturut-turut, dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com pada tahun 2021 dan 2022.

Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan tawaran e-dagang airasia Super App!