AirAsia rai penerbangan pertama dari Thiruvananthapuram ke Kuala Lumpur
SEPANG, 22 Februari 2024 - AirAsia hari ini meraikan penerbangan sulung dari bandar selatan India iaitu Thiruvananthapuram, menjadikannya laluan terus kedua syarikat penerbangan ini ke negeri Kerala selain Kochi.
Laluan baharu ini dikendalikan dengan empat penerbangan mingguan dan menawarkan pengembara pelbagai tarikan untuk diterokai di negeri Kerala. Thiruvananthapuram mempunyai pelbagai keunikan seni bina, juadah tempatan yang enak, keindahan pantai dan pelbagai tarikan memukau di destinasi tersebut.
Sempena penerbangan pertama ini, para tetamu dalam penerbangan AK8 diraikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam semasa ketibaan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing berkata: “Kami menghargai usaha berterusan AirAsia dalam memperluaskan rangkaian laluan udara antara Malaysia dan India dan membolehkan lebih ramai pelancong mengunjungi Malaysia, terutamanya selepas pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai pengecualian visa bagi warganegara India ke Malaysia. Kami menjangka lebih ramai pelancong dari India akan melawat Malaysia pada masa akan datang.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Kami berbangga dengan pelancaran laluan baharu ini dari Trivandrum ke Kuala Lumpur dan berbesar hati untuk meraikan para tetamu dari bandar yang menakjubkan ini. Untuk tempoh 15 tahun yang lepas, AirAsia telah mengubah landskap perjalanan di India secara drastik dan menghubungkan jutaan pelancong ke Malaysia dan lain-lain dengan tambang berpatutan. Kami berharap untuk melancarkan lebih banyak laluan unik dan menawarkan pengalaman perjalanan lebih baik untuk para tetamu.”
AirAsia kini mengendalikan rangkaian luas dengan 10 laluan antarabangsa secara terus dari India ke Malaysia dengan jumlah 56 penerbangan mingguan bagi penerbangan jarak dekat oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) seperti Trivandrum, Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru, Kolkata, Ahmedabad, Jaipur dan Visakhapatnam. Bagi penerbangan jarak sederhana, AirAsia X Malaysia (kod penerbangan D7) mengendalikan dua laluan secara terus dari New Delhi dan Amritsar ke Kuala Lumpur dengan lapan penerbangan mingguan. Pengembangan perkhidmatan AirAsia ke India menawarkan pengalaman perjalanan yang menyeluruh dan lancar untuk pengembara di seluruh India ke rangkaian tambang rendah terluas di Asia.
Ikuti maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti AirAsia di Instagram @flyairasia.