AirAsia rai semangat komuniti dan kebudayaan sempena pra-sambutan Hari Gawai di Sarawak


KUCHING, 24 Mei 2025 – AirAsia bersama-sama komuniti tempatan Kampung Simpok di Kuching, Sarawak meraikan musim perayaan Hari Gawai dengan Pesta Sungai Kampung Simpok, sambutan tahunan yang dinanti-nantikan dan menghimpunkan penduduk dari seluruh kawasan Padawan melalui kepelbagaian dan keunikan warisan budaya.
Antara tarikan utama acara ini adalah pertandingan menghias rakit, di mana penduduk setempat menampilkan identiti dan hasil tangan mereka. Sempena tahun ini, AirAsia berbangga untuk turut serta sebagai rakan komuniti rasmi, sejajar dengan peranannya sebagai syarikat penerbangan untuk semua yang komited dalam meraikan tradisi tempatan.
Syarikat penerbangan ini terus memperkukuhkan kesalinghubungan untuk semua dengan merapatkan jurang antara insan, tempat dan tradisi di seluruh rantau ASEAN. Melalui kota yang sibuk mahupun di perkampungan yang terpencil, AirAsia kekal teguh dengan matlamatnya untuk menjadi syarikat penerbangan pilihan rakyat. Bukan sekadar menghubungkan mereka melalui penerbangan, tetapi juga melalui pengalaman, nilai dan budaya yang dikongsi bersama.
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata:"Sebagai syarikat penerbangan yang dibina oleh rakyat untuk rakyat, kami berbangga untuk meraikan komuniti di Sabah dan Sarawak dalam menyambut musim menuai yang penuh bermakna ini. Sempena Hari Gawai mahupun Hari Kaamatan, perayaan ini mengingatkan kita tentang kekayaan warisan dan semangat perpaduan yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Kehadiran kami di Kampung Simpok membuktikan nilai kami untuk terus menghubungkan semua orang, tempat dan minat di seluruh rantau termasuk termasuk kawasan yang kurang mendapat perhatian.
Bagi meraikan sambutan ini, AirAsia menghiasi pintu masuk kampung, pentas utama, dan kawasan pertandingan rakit di Kampung Simpok dengan warna merah serta hiasan berwarna-warni yang meriah. AirAsia Fun Team turut memeriahkan suasana dengan persembahan dan berinteraksi bersama para pengunjung, sekali gus menyemarakkan semangat pertukaran budaya.
Sempena sambutan ini, AirAsia menawarkan promosi tambang istimewa untuk tempoh terhad dengan penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta dan destinasi lain bermula daripada RM119 termasuk semua sehala*. Tambang promosi turut ditawarkan bagi laluan dari Kota Kinabalu ke Tawau, Sandakan, Kuching, Kuala Lumpur dan banyak lagi bermula daripada RM69 termasuk semua sehala*.
Tambang promosi kini boleh ditempah mulai hari ini hingga 1 Jun 2025 bagi tempoh perjalanan antara 26 Mei 2025 hingga 9 Jun 2025, menerusi aplikasi AirAsia MOVE atau di airasia.com.
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja serta caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.