AirAsia raih anugerah emas dalam kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Anugerah Pilihan Pembaca DestinAsian 2024

Keterangan Gambar: (Kanan) Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura, Logan Velaitham menerima anugerah Emas untuk kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di DestinAsian 2024 Anugerah Pilihan Pembaca hari ini.

SINGAPURA, 13 Mac 2024 - AirAsia terus meraikan pencapaian perkhidmatan selama 20 tahun di Singapura dengan meraih anugerah emas dalam kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Anugerah Pilihan Pembaca DestinAsian 2024.

AirAsia meraih anugerah ini secara berturut-turut sejak tahun lalu. Pengiktirafan ini merupakan bukti kepada kedudukan AirAsia sebagai syarikat penerbangan untuk semua. Ia juga selari dengan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti serta dedikasi untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses untuk semua golongan. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada lebih 10,000 undian yang diterima daripada pembaca majalah DestinAsian di seluruh rantau Asia-Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura, Logan Velaitham  berkata: "Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, pengumuman ini amat bermakna bagi kami sebagai syarikat penerbangan pilihan yang beroperasi dari Lapangan Terbang Changi, Singapura. Sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di Singapura, anugerah ini memberikan motivasi untuk menawarkan perjalanan berpatutan di seluruh rangkaian luas kami ke lebih dari 130 destinasi di seluruh dunia. Pengiktirafan ini juga adalah hasil bukti kepada kerja keras dan komitmen Allstars yang secara konsisten memberikan perkhidmatan terbaik. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu atas sokongan berterusan mereka kerana memilih AirAsia untuk anugerah ini."

Anugerah Pilihan Pembaca merupakan anugerah tahunan oleh DestinAsian yang menggalakkan para pembaca untuk mengundi sektor pilihan mereka berdasarkan pengalaman perjalanan di seluruh Singapura, Jakarta, Indonesia dan rantau Asia-Pasifik. Selain menyediakan pilihan kepada pembaca, anugerah ini juga bertujuan untuk mengiktiraf pemain industri yang memberikan sumbangan positif kepada sektor pelancongan.

Khas kepada pengembara yang gemar meneroka budaya tempatan, Anugerah Pilihan Pembaca ini membolehkan mereka mencalonkan destinasi kegemaran, hotel, penerbangan, lapangan terbang, dan banyak lain-lain untuk pengalaman perjalanan lebih bermakna. 

AirAsia kini terbang secara terus ke 12 destinasi antarabangsa dari Singapura termasuk Kuala Lumpur, Penang, Langkawi, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu, Jakarta, Yogyakarta, Bali, Bangkok, Phuket dan Hatyai.

Sebagai sambutan kepada pencapian ini, AirAsia menawarkan tambang promosi bermula dari SGD68* termasuk semua sehala ke pelbagai destinasi menarik seperti Langkawi, Bangkok, Bali, Phuket dan Yogyakarta atau Fly-Thru ke Phu Quoc, Chiang Mai dan lain-lain. Tambang istimewa ini boleh ditempah mulai hari ini hingga 17 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 April 2024 dan 30 November 2025. Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan di airasia.com dan AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp).

Para tetamu juga boleh menikmati potongan diskaun sehingga 30 peratus** untuk tempahan perkhidmatan tambahan seperti hidangan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk semasa tempahan penerbangan awal.

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai, caj bahan api dan yuran yang berkaitan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Tertakluk kepada terma dan syarat lain.