AirAsia raih dua Anugerah Utama di World Travel Awards Asia 2026

AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia buat kali ke-14 dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia buat tahun ke-10 berturut-turut

KUALA LUMPUR, 28 September 2026 — AirAsia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia dengan meraih dua anugerah utama pada majlis World Travel Awards Asia, Oceania & Indian Ocean 2026 yang berlangsung di Maldives malam tadi. AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia 2026 buat kali ke-14, serta Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia 2026 buat tahun ke-10 berturut-turut, sekali gus membuktikan kepimpinan berterusan AirAsia dalam menawarkan perjalanan udara mampu milik serta perkhidmatan bertaraf antarabangsa.

Dengan rangkaian luas yang merangkumi lebih 130 destinasi di seluruh Asia, Australia dan seterusnya, serta inovasi perkhidmatan yang berterusan, AirAsia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia Tenggara, menghubungkan lebih banyak destinasi dan komuniti di rantau ini serta ke destinasi antarabangsa. Meraikan 25 tahun menghubungkan semua orang dan destinasi, AirAsia telah menerbangkan hampir satu bilion tetamu pada hari ini di mana ia membuktikan rangkaiannya yang luas serta kepercayaan yang telah dibina bersama para penumpang sepanjang perjalanan tersebut. Menerusi peluasan rangkaian dan kerjasama strategik yang berterusan, AirAsia kekal komited untuk memperkukuh kesalinghubungan udara serantau dan antarabangsa, di samping menjadikan perjalanan lebih mudah diakses oleh jutaan pelancong.

Suhaila Hassan, Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, berkata: “Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar buat AirAsia dan seluruh kru kabin kami yang sentiasa mengutamakan profesionalisme, dedikasi dan keprihatinan dalam menawarkan pengalaman terbaik kepada tetamu. Kami percaya perjalanan udara mampu milik harus sentiasa disertai layanan mesra dan perkhidmatan penuh perhatian. Pilihan untuk kru kabin wanita kami memakai hijab turut membuktikan komitmen kami terhadap kepelbagaian dan inklusiviti, di samping memberi ruang kepada Allstars untuk tampil sebagai diri sendiri. Anugerah ini merupakan penghargaan buat seluruh Allstars serta jutaan tetamu yang terus memberikan kepercayaan kepada AirAsia ketika kami terus mengembangkan rangkaian kami.

Sebagai syarikat penerbangan yang menyumbang 34 peratus daripada keseluruhan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL)¹, kami berbangga kerana kesalinghubungan yang ditawarkan AirAsia turut menyokong kedudukan KUL sebagai hab mega antarabangsa keempat paling terhubung di dunia dan hab mega tambang rendah No. 1 dalam Indeks Megahub OAG 2026.”

Graham E. Cooke, Presiden dan Pengasas World Travel Awards, berkata: “Tahniah kepada AirAsia atas pencapaian berganda yang membanggakan di World Travel Awards 2026. Pengiktirafan ini membuktikan kepimpinan AirAsia dalam penerbangan tambang rendah, inovasi berterusan, rangkaian kesalinghubungan yang kukuh serta komitmen dalam memberikan pengalaman terbaik kepada tetamu. Kejayaan ini membuktikan dedikasi seluruh warga kerjanya dalam menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses oleh masyarakat di seluruh Asia dan destinasi lain.”

Selama lebih tiga dekad, World Travel Awards terus mengiktiraf kecemerlangan dalam industri pelancongan dan pengembaraan di peringkat global. Pemenang dipilih menerusi undian oleh penggiat industri pelancongan dan pengguna dari seluruh dunia, sekali gus membuktikan pengiktirafan industri serta kepercayaan para pelancong. Pengiktirafan terbaharu ini mengukuhkan lagi kedudukan AirAsia dalam segmen penerbangan tambang rendah, disokong oleh rangkaian kesalinghubungan yang kukuh, inovasi berterusan serta komitmen untuk menawarkan nilai terbaik dan perkhidmatan berkualiti kepada para pelancong.

¹Sumber: Laporan OAG Megahubs 2026, Official Airline Guide (OAG), 2026.