AirAsia rangkul anugerah Transformasi Digital IDC

Kenyataan Gambar: (Dari kiri) Penganalisis Ancaman Penipuan Web AirAsia Michelle Lee, Pengarah Urusan IDC Asean Sudev Bangah, Ketua Pengurusan Projek AirAsia (ICT) Jaspal Singh, Pengurus Besar Alibaba Cloud Malaysia dan Thailand Kenny Tan, Pengurus …

Kenyataan Gambar: (Dari kiri) Penganalisis Ancaman Penipuan Web AirAsia Michelle Lee, Pengarah Urusan IDC Asean Sudev Bangah, Ketua Pengurusan Projek AirAsia (ICT) Jaspal Singh, Pengurus Besar Alibaba Cloud Malaysia dan Thailand Kenny Tan, Pengurus Pembangunan Perniagaan Alibaba Cloud Malaysia Jyn Tay.

SEPANG, 13 Oktober 2018 - AirAsia telah dinobatkan sebagai Pakar Model Operasi untuk Malaysia di Anugerah Transformasi IDC (IDC SXa) pada minggu ini.

Anugerah ini mengukur syarikat-syarikat yang telah berjaya mengendalikan operasi perniagaan dengan lebih responsif dan berkesan melalui produk atau perkhidmatan, aset, kakitangan dan rakan dagangan yang berkaitan secara digital.

AirAsia memenangi anugerah tersebut bagi penggunaan solusi Alibaba Cloud Content Delivery Network (CDN) dan Web Application Firewall (WAF) untuk membezakan pelanggan yang sebenar daripada bot digital yang memberi kesan negatif kepada tempahan dan pendapatan, serta mengurangkan aliran trafik yang besar daripada bot digital yang membawa kepada tambahan kos operasi.

Menggunakan solusi CDN di China, syarikat penerbangan itu mampu meningkatkan pendaman dan Round Trip Time (RTT) di  laman airasia.com, dan mengoptimumkan trafik ke laman web tersebut berdasarkan profil pengguna. AirAsia juga telah bekerjasama dengan pasukan sekuriti Alibaba untuk menyekat trafik gelap menggunakan pangkalan data yang luas mengenai penggodam dan corak mereka, sebelum mengikuti arahan yang membawa mereka ke WAF.

Anugerah tersebut telah disampaikan di Sidang Kemuncak Transformasi Digital IDC 2018 bertempat di Aloft Kuala Lumpur Sentral pada hari Selasa.

Ketua Pegawai Informasi Kumpulan AirAsia Declan Hogan berkata, “Kami telah mencuba pelbagai aplikasi keselamatan, dan menemui kejayaan yang terhad, sebelum beralih kepada Alibaba. Hanya aplikasi Alibaba yang memberi kesan konsisten, tahan lama, dan mereka telah membuktikan bahawa mereka bersedia untuk mengambil risiko untuk mencubanya. Kami juga menghargai usaha mereka yang bersedia membuat pelaburan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai teknologi yang berfungsi dengan baik.”

Anugerah IDC DXx mengiktiraf syarikat yang berjaya menempa kejayaan cemerlang dan melaksanakan transformasi digital dalam satu atau beberapa bidang perniagaan mereka melalui penggunaan teknologi penggagu dan digital.

Malaysia, News, EnglishM ASepang