AirAsia RedRun kembali dengan jelajah serantau di tujuh destinasi merentasi Asean

SEPANG, 12 Mac 2026 – AirAsia hari ini mengumumkan penganjuran AirAsia RedRun bagi edisi 2026 iaitu siri acara larian serantau yang popular dengan jelajah ke tujuh bandar bagi edisi 2026 yang merangkumi destinasi utama dalam rangkaian Asean dan Asia. Lebih daripada sekadar acara larian, RedRun mencerminkan komitmen syarikat penerbangan itu dalam mempromosikan gaya hidup aktif serta perjalanan yang bermakna dengan menghubungkan komuniti melalui sukan, di samping menawarkan peluang untuk meneroka pelbagai destinasi di seluruh rantau ini.

Diperkenalkan pada tahun 2025, RedRun dengan semakin dikenali melangkaui bukan sekadar inisiatif sukan. Selaras dengan identiti jenama AirAsia yang progresif, ia kini menjadi gerakan serantau yang merentasi sempadan menghubungkan pelbagai budaya serta menjadikan destinasi utama dalam rangkaian AirAsia yang berbaloi untuk diterokai.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial AirAsia X berkata: RedRun mencerminkan visi AirAsia dalam menghubungkan Asia melalui perjalanan dan pengalaman baharu. Kami kini menawarkan lebih 150 destinasi dalam rangkaian kami bagi menghubungkan komuniti di seluruh Asia dan RedRun diasaskan daripada visi besar dalam menghubungkan komuniti di seluruh rantau. Melalui minat bersama terhadap sukan, kami menghimpunkan semua orang sambil menjadikan setiap destinasi lebih berbaloi untuk diterokai. Bagi kami, ini bukan sekadar acara larian, tetapi juga peluang untuk meneroka destinasi baharu.

Pada tahun 2026, siri larian ini akan diperluaskan ke tujuh destinasi sepanjang tahun iaitu Da Nang, Bali, Kota Kinabalu, Cebu, Phuket, Surabaya dan Taipei yang menjadikan destinasi utama ini sebagai acara yang dinantikan yang menggabungkan kecergasan, perjalanan dan penerokaan. Tiga destinasi telah mengesahkan tarikh perlumbaan dan pendaftaran kini dibuka, manakala destinasi lain akan diumumkan secara berperingkat. Dengan memanfaatkan ekosistem pelancongan AirAsia yang lebih luas, para peserta juga berpeluang menikmati promosi istimewa bagi penerbangan, tempat penginapan serta pelbagai perjalanan lain yang ditawarkan bagi menyokong para pelari dan pengalaman yang berbeza di setiap destinasi.

Tiga destinasi pertama yang kini dibuka untuk penyertaan bagi siri 2026 dengan tawaran promosi pendaftaran terawal adalah seperti berikut:

1) Da Nang, Vietnam (26 April 2026) – harga bermula daripada VND268,000. Pendaftaran dibuka sehingga 10 Mac 2026.

2) Bali, Indonesia (10 Mei 2026) – harga bermula daripada IDR200,000. Pendaftaran dibuka sehingga 9 Mei 2026, terhad kepada pendaftaran terawal.

3) Kota Kinabalu, Malaysia (28 Jun 2026) – harga bermula daripada MYR59. Pendaftaran dibuka sehingga 27 Jun 2026, terhad kepada pendaftaran terawal

Peserta boleh mengambil bahagian dalam kategori larian 5KM, 10KM atau 21KM, menjadikan acara ini sesuai untuk pelari santai mahupun berpengalaman. Untuk maklumat lanjut mengenai AirAsia RedRun, layari https://airasiaredrun.com/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai siri perlumbaan ini serta mendaftar bagi kategori larian pilihan.

Setiap destinasi menawarkan pengalaman perlumbaan yang unik, menjadikan setiap larian sebagai peluang untuk meneroka sesuatu yang baharu. Para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama penerbangan percuma selama setahun, serta pelbagai barangan sukan eksklusif AirAsia.

Dengan rangkaian yang kukuh ke destinasi-destinasi ini dari pelbagai hab di Asean, AirAsia RedRun dijangka akan menarik lebih 100,000 pelari dari seluruh Asia, sekali gus menyokong pelancongan merentasi sempadan serta mengukuhkan jenama AirAsia melangkaui industri penerbangan.