airasia ride perluas perkhidmatan serentak ke Johor Bahru, Ipoh, Seremban dan Melaka

  • Penumpang di empat buah bandar ini boleh menikmati perjalanan bernilai RM1 pada setiap hari dari sekarang hingga 25 Disember 2021

  • Penumpang di Johor Bahru boleh menikmati perjalanan percuma ke dan dari Paradigm Mall Johor Bahru dari sekarang hingga 21 Disember 2021

  • Pemandu pula berpeluang untuk mendapatkan 1,000 penerbangan percuma dengan melengkapkan 30 perjalanan antara 3 dan 16 Januari 2022

JOHOR BAHRU, 19 Disember 2021 - Selepas pelancaran terbaru perkhidmatannya di Pulau Pinang baru-baru ini, airasia ride hari ini mengumumkan pengembangannya ke empat buah bandar utama di Malaysia iaitu Johor Bahru, Ipoh, Seremban dan Melaka, untuk menyediakan lebih kemudahan dan penjimatan dengan kadar yang kompetitif untuk penumpang dan peluang pendapatan lebih baik untuk pemandu.

Sempena pengumuman ini, penumpang di empat buah bandar tersebut boleh menikmati perjalanan bernilai RM1 pada setiap hari dari sekarang sehingga 25hb Disember 2021. Promosi ini adalah terhad dan boleh didapati sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, penumpang di Johor Bahru boleh menikmati perjalanan percuma* ke dan dari Paradigm Mall Johor Bahru mulai sekarang hingga 21 Disember 2021 dengan kod promosi FREERIDEPMJB. Perkhidmatan e-panggilan airasia ride ini boleh ditempah dengan menekan ikon ‘Ride’ pada airasia Super App.

Sementara itu, pemandu airasia ride di semua bandar ia beroperasi berpeluang untuk mendapatkan penerbangan AirAsia percuma dengan hanya melengkapkan 30 perjalanan antara 3 hingga 16 Januari 2022. Sebanyak 1,000 penerbangan percuma disediakan. Pendaftaran boleh dilakukan dengan mudah dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau dapatkan maklumat lanjut di sini.

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia berkata, “Perluasan perkhidmatan kami secara serentak ke Johor Bahru, Ipoh, Seremban dan Melaka merupakan satu pencapaian yang membanggakan setelah pelancaran di Lembah Klang, Langkawi dan Pulau Pinang. Dengan pengembangan ini, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati tawaran perjalanan dan gaya hidup terbaik, tetapi juga boleh menempah perjalanan mereka dengan tambang lebih rendah sekitar 10-15 peratus daripada pasaran melalui satu platform yang mudah di airasia Super App.

“Apa yang paling penting, kami berbangga untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di bandar-bandar ini. Selaras dengan strategi ‘mengutamakan pemandu’ dan gabungan kadar komisen terendah kami dalam industri, para pemandu kami akan menerima 85 peratus dari tambang yang dikenakan. Mereka juga diberi kebebasan untuk memilih kekerapan dan jumlah tempahan mengikut keselesaan dan ketersediaan mereka, tanpa perlu risau akan didenda supaya mereka lebih fokus kepada prestasi di jalan raya dengan kualiti dan keselamatan terbaik kepada penumpang. Kami juga melancarkan kempen penerbangan percuma untuk memberikan motivasi kepada para pemandu, selain daripada pelbagai insentif dan peluang untuk menggalakkan semua orang menyertai kami.”

Para pemandu airasia ride juga mempunyai kelebihan tambahan untuk memanfaatkan jenama syarikat penerbangan tersebut untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang melakukan perjalanan ke dan dari lapangan terbang. Para tetamu dalam penerbangan AirAsia kini mempunyai pilihan untuk menempah perjalanan mereka selepas membeli penerbangan mereka, membolehkan pemandu mendapatkan tempahan lebih awal dan merancang perjalanan mereka dengan lebih cekap dan produktif. Mereka juga akan mempunyai maklumat ketibaan penumpang dalam masa nyata, membolehkan mereka menguruskan masa dengan lebih baik dan mengurangkan masa menunggu jadi mereka boleh membuat lebih banyak perjalanan dan menjana lebih banyak pendapatan. 

Untuk kemudahan tambahan, para penumpang boleh menempah perjalanan atas permintaan, atau membuat tempahan awal menggunakan perkhidmatan airasia wifi berkelajuan tinggi di dalam penerbangan AirAsia dengan hanya beberapa langkah mudah sebelum sebelum tiba di destinasi mereka.

Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride, ikutinya di @airasiasuperapp di Instagram. 

***

*Perjalanan percuma dihadkan pada RM10, untuk pengguna baharu sahaja, tertakluk pada terma dan syarat lain.

Malaysia, News, EnglishM AJohor Bahru