AirAsia sasar tingkatkan permintaan perjalanan bagi tahun 2025 dengan 12 juta tempat duduk promosi
SINGAPURA, 2 November 2024 - AirAsia kembali menawarkan Tempat Duduk Percuma* sempena akhir tahun ini dengan menawarkan 12 juta tempat duduk promosi ke 130 destinasi.
Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan permintaan perjalanan pada separuh tahun pertama 2025 dan menawarkan perjalanan lebih mudah dan berpatutan untuk menerokai destinasi menarik dalam rangkaian luas AirAsia. Nikmati Tempat Duduk Percuma* dari Singapura ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh dengan tambang asas atau tempah penerbangan ke Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Phuket, Jakarta bermula daripada SGD69.
Selain itu, AirAsia X juga menyambut ulang tahun ke-17 dengan menawarkan promosi istimewa Jualan Besar-Besaran ke destinasi di luar Asia seperti Nha Trang, Labuan Bajo, Kathmandu, Seoul, Almaty, Hokkaido, dan transit di hab Kuala Lumpur atau Bangkok (Don Mueang) dengan tambang serendah SGD188*** termasuk semua sehala. Naik taraf tempat duduk Premium Flatbed serendah SGD238** termasuk semua sehala.
Paul Carroll, Ketua Pegawai Komersial AirAsia Aviation Group, berkata: “Kami berbesar hati untuk melihat peningkatan permintaan perjalanan pada tahun ini dan berharap untuk terus melonjakkan jumlah ini dengan menawarkan 12 juta tempat duduk promosi bagi mengakhiri tahun ini. Ini adalah langkah penting dalam menyokong visi kami untuk menjadikan perjalanan mampu milik dan mudah diakses oleh semua.
“Sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di Singapura, dengan purata bahagian pasaran sebanyak 40% terutamanya dalam laluan antara Singapura dan Malaysia, kami akan terus berusaha untuk memanfaatkan posisi kami untuk mengeratkan hubungan rantau ini dan memperluas sektor pelancongan antara Singapura dan Asean.”
Promosi Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia dan Jualan Besar-Besaran bermula pada hari ini, 2 November 2024 pada jam 12 tengah hari (GMT+8) sehingga 10 November 2024 di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE (dahulunya dikenali sebagai airasia Superapp) untuk tempoh perjalanan antara 21 April 2025 dan 28 Mac 2026.
Selain daripada promosi ini, pemegang kad DBS dan POSB layak menerima diskaun eksklusif sebanyak SGD50*** bagi tempahan penerbangan dalam tempoh promosi dengan perbelanjaan minimum sebanyak SGD250.
*Tambang promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya terpakai untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tambang promosi bermula daripada SGD69 sehala. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
**Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja daripada SGD188, termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
*** Diskaun eksklusif sebanyak SGD50 hanya untuk pemegang kad DBS dan/atau POSB bank sahaja. Hanya sah untuk penerbangan AirAsia dengan kod AK, FD dan QZ.