AirAsia sokong perjalanan sempena musim perayaan melalui inisiatif tambang tetap tahunan bagi sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya
Nikmati tambang tetap* dari Semenanjung ke Sarawak pada RM328 dan ke Sabah pada RM398, termasuk semua sehala
SEPANG, 8 Januari 2026 – AirAsia hari ini mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan menawarkan tambang yang mampu milik kepada semua sempena musim perayaan yang akan datang iaitu Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.
Inisiatif tambang tetap tahun ini dilancarkan serentak sempena sambutan dua musim perayaan di mana AirAsia akan mengendalikan sebanyak 1,578 penerbangan secara keseluruhan bagi tempoh Tahun Baharu Cina dan Hari Raya dengan menawarkan lebih daripada 31,000 tempat duduk pada tambang tetap.
YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan berkata: “Bagi memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung dengan tambang yang mampu milik semasa musim perayaan utama terus menjadi keutamaan kerajaan. Inisiatif tambang tetap AirAsia membuktikan komitmen kukuh syarikat penerbangan ini untuk menyokong matlamat tersebut dengan menjadikan perjalanan udara mampu diakses oleh lebih ramai orang. Usaha ini adalah seiring dengan langkah sedia ada kerajaan, termasuk program FLYsiswa RM400 yang membantu pelajar melakukan perjalanan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Kami terus menyokong kerjasama dalam industri penerbangan bagi memperkukuh rangkaian sambungan dan memberi manfaat kepada rakyat.”
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “AirAsia memulakan tahun baharu dengan sambutan dua musim perayaan sekaligus dengan menawarkan inisiatif tambang tetap tahunan bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Raya. Dengan lebih daripada 31,000 tempat duduk tersedia sepanjang tempoh perayaan, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen kami dengan menawarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan dengan mampu milik dan merancang lebih awal untuk musim perayaan. Kami berbangga dapat menyokong usaha kerajaan dalam memastikan perjalanan yang lancar dan mudah diakses oleh semua, terutamanya pada tempoh permintaan tinggi.”
Bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang, penerbangan ke Sarawak ditawarkan pada tambang RM328 termasuk semua sehala, dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu, dan Bintulu, manakala penerbangan ke Sabah ditawarkan pada tambang RM398 termasuk semua sehala, ke Kota Kinabalu, Tawau, dan Sandakan. Tempah mulai hari ini sehingga 24 Februari 2026 untuk tempoh perjalanan antara 13 hingga 24 Februari 2026.
Penerbangan bagi Hari Raya juga ditawarkan pada harga RM328 sehala semua termasuk ke Sarawak dan RM398 termasuk semua sehala ke Sabah iaitu laluan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Tempah mulai hari ini sehingga 26 Mac 2026 dan lakukan perjalanan antara 18 hingga 26 Mac 2026 untuk menikmati penerbangan pada tambang tetap.
Sepanjang tiga tahun ini, AirAsia telah menawarkan lebih daripada 137,000 tempat duduk tambang tetap untuk perjalanan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak dengan 761 penerbangan tambahan diperkenalkan bagi memenuhi permintaan yang meningkat, bagi memastikan semua orang dapat merancang perjalanan pulang dengan lebih bernilai.
Para tetamu yang akan melakukan perjalanan sempena musim perayaan digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE, yang boleh diakses sehingga 14 hari sebelum tarikh berlepas, serta menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan. Bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan selesa, para tetamu dinasihatkan untuk tiba awal di lapangan terbang. Kaunter bagasi dibuka tiga (3) jam sebelum berlepas bagi penerbangan antarabangsa, dan dua (2) jam sebelum berlepas bagi penerbangan domestik.
*Tambang tetap promosi yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala, termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api, dan yuran lain yang berkaitan. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja. Tertakluk kepada terma & syarat dikenakan.