airasia rewards tawar pengalaman pengguna lebih lancar pada airasia Super App
KUALA LUMPUR, 15 Disember 2021 - Program ganjaran gaya hidup Asean yang telah merangkul pelbagai anugerah, BIG Rewards kini dikenali sebagai airasia rewards. Semua ciri daripada aplikasi BIG Rewards diintegrasikan pada airasia Super App, untuk menyediakan pengalaman pengguna yang lebih lancar kerana mereka tidak perlu lagi menggunakan dua aplikasi berasingan untuk mengumpul dan membelanjakan mata ganjaran mereka.
Integrasi baharu ini juga menawarkan pengguna lebih manfaat dan mengukuhkan lagi platform airasia Super App. Semua butiran pengguna dan baki mata ganjaran akan tersedia pada airasia Super App dan dinamakan semula sebagai airasia poin - mata wang kesetiaan digital yang boleh digunakan di seluruh ekosistem airasia Super App.
Sempena pengumuman ini, dari 16 hingga 20 Disember 2021, airasia rewards menawarkan sehingga 20X airasia poin untuk setiap pembelian di airasia Super App. Pengguna aplikasi yang menempah atau membeli penerbangan, hotel, SNAP, makanan, barangan runcit dan barangan bebas cukai menggunakan airasia poin mereka akan menikmati promosi penebusan istimewa iaitu 50 point kepada RM1 (kadar biasa 125 poin kepada RM1) semasa tempoh promosi berlangsung.
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kami berbangga melihat fenomena pertumbuhan airasia Super App dalam dalam masa yang singkat sejak ia mula dilancarkan pada Oktober 2020. Kini perniagaan digital kami merangkumi hampir 20 platform perjalanan, penghantaran dan gaya hidup, yang bukan sahaja menjadikan kami sebuah syarikat yang dipacu oleh data dan teknologi, malah diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga Unikorn ASEAN di Malaysia oleh laporan Credit Suisse. airasia Super App merupakan cara hidup untuk semua dan kami akan terus menaik taraf dan memperkukuh ekosistem ini dengan airasia rewards.
“Peningkatan airasia Super App adalah selaras dengan nilai teras airasia untuk memberikan nilai dan tawaran terbaik kepada para penumpang penerbangan kami, dan kini kepada pengguna aplikasi harian kami. Bukan hanya untuk pengguna, airasia rewards akan mencetuskan peluang kerjasama baharu dan menarik dengan rakan kongsi penerbangan dan hotel, peniaga dan ramai lagi, seterusnya memberikan para pengguna tawaran yang lebih baik dan pelbagai cara untuk menukar semula airasia poin mereka.”
Ong Wai Fong, Ketua Pegawai Kesetiaan berkata, “Integrasi aplikasi ini memberi manfaat kepada tiga pihak utama iaitu pengguna, rakan kongsi dan perniagaan kami. Para pengguna atau ahli kami akan menikmati lebih banyak tawaran dan promosi menerusi airasia Super App, serta boleh mengumpul airasia poin dengan mudah untuk setiap transaksi dan menggunakan airasia poin untuk membuat pembayaran. Rakan kongsi kami pula akan mempunyai akses yang lebih luas kepada berjuta-juta pengguna aplikasi untuk meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan bersama kami. Dari segi perniagaan, integrasi ini akan meningkatkan data kami dan membantu kami menawarkan produk yang lebih baik untuk meningkatkan penggunaan oleh para ahli dan menjadikan mereka pengguna setia kami.”
Ikuti perkembangan terkini dan tawaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.