“Merah bertemu merah jambu” airasia Superapp & foodpanda bergabung tenaga untuk kerjasama yang inovatif
Kerjasama yang belum pernah berlaku sebelum ini antara platform terkemuka Malaysia, menggabungkan kekuatan masing-masing untuk menawarkan nilai & kemudahan yang lebih baik
Terokai lebih banyak cara kerjasama termasuk penyelesaian pembayaran daripada BigPay dan program kesetiaan bersama melalui airasia rewards
KUALA LUMPUR, 12 MEI - airasia Superapp dan foodpanda bersama-sama mengumumkan kerjasama inovatif yang menggabungkan kekuatan kedua-dua platform untuk menawarkan nilai yang lebih baik dan kemudahan yang untuk pengguna di Asean dan seterusnya.
Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform ini untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana perkhidmatan e-hailing airasia Superapp, airasia ride boleh didapati di aplikasi foodpanda*.
Manakala, foodpanda yang merupakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit dan makanan atas permintaan yang terbesar di Asia tidak termasuk China akan memperkasakan perkhidmatan penghantaran makanan aplikasi pengembaraan super yang akan menghubungkan jutaan pengguna airasia Superapp kepada rangkaian meluas foodpanda yang terdiri daripada lebih 100,000 peniaga dan beribu-ribu rakan kongsi penghantaran. Dengan ini, penawaran makanan airasia Superapp akan bergerak ke arah model tempahan di tempat makan.
Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, berkata, “Kami sangat memberikan tumpuan untuk memenuhi visi aplikasi super pengembaraan kami, dan kami gembira kerana telah menemui sinergi positif dengan rakan kongsi penghantaran yang kukuh sambil kami beralih kepada model tempahan di tempat makan. Kerjasama platform ini akan membolehkan kami untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain iaitu kehebatan penghantaran makanan dan barangan runcit foodpanda dan perkhidmatan pengangkutan kami yang disokong oleh ekosistem aplikasi super pengembaraan yang lengkap, yang merupakan keperluan untuk pengembara dan pengguna harian kedua-dua aplikasi tersebut. Terdapat begitu banyak potensi yang mana kedua-dua airasia Superapp dan foodpanda boleh meneroka lebih mendalam bersama-sama, seperti penyelesaian pembayaran melalui BigPay, program kesetiaan bersama dengan airasia rewards, dan juga potensi dalam pelan langganan kedua-dua pihak serta banyak lagi. Kami gembira untuk memulakan kerjasama yang melibatkan perkhidmatan pengangkutan e-hailing dan juga penghantaran makanan kami di Malaysia pada hari ini.”
Jakob Angele, Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda, berkata, “Peluang untuk membawa dua jenama terkemuka di Malaysia ini cukup bermakna buat kami; kedua-dua pihak telah mencipta perkhidmatan yang hebat yang mana pelanggan di Malaysia telah sebati dan menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup mereka. Jadi, kerjasama ini merupakan kerjasama yang selari dengan matlamat kedua-dua pihak yang akan bersama-sama memberikan nilai yang lebih hebat, kepelbagaian dan kemudahan kepada semua pelanggan kami.”
Mohamad Hafiz Mohd Fadzil, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif airasia Superapp, menambah, “Sebagai aplikasi super pengembaraan serantau ini, matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan mudah untuk pengguna kami yang rata-ratanya merupakan pengembara sekitar Asean. Kami adalah pusat sehenti untuk kesemua keperluan yang anda perlukan. Ini merangkumi syarikat penerbangan, penginapan, pengangkutan ke dan dari lapangan terbang dan hotel, dan juga pengalaman kulinari melalui penghantaran makanan mahupun tempahan di tempat makan. Kami tidak sabar untuk menjadi lebih cemerlang di dalam ruangan aplikasi super ini dengan kerjasama yang sangat penting buat kami semua hari ini.”
Bersempena dengan kerjasama ini, pelanggan airasia Superapp dan foodpanda boleh menikmati tawaran perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan yang eksklusif. Lawati aplikasi foodpanda dan airasia Superapp untuk maklumat lanjut.
Dapatkan lebih banyak info terkini mengenai airasia Superapp dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram/TikTok dan @airasia di Twitter.
Untuk maklumat lanjut mengenai foodpanda, layari foodpanda.my or ikuti @foodpandamy di Instagram, Facebook dan TikTok.
***TAMAT***
*kini terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang. Akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan secara berfasa.
ABOUT AIRASIA SUPERAPP
The airasia Superapp is the one-stop travel platform business of Capital A offering consumers over 15 lines of products and services via the Superapp as well as the airasia.com website. Powered by data and technology, the airasia Superapp leverages its digital ecosystem of 51 million users and 40 million downloads to generate a personalised and seamless consumer experience. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia Superapp.
ABOUT FOODPANDA
foodpanda is a leading on-demand delivery platform in Asia dedicated to bringing consumers a wide range of food, groceries and more, quickly and conveniently. Powered by technology and operational excellence, foodpanda is spearheading the growth of quick-commerce (q-commerce) across the region with its network of retail partners, as well as pandaMart cloud stores to provide more on-demand options beyond the millions of food delivery options. foodpanda operates in more than 300 cities across 11 markets in Asia Pacific - Singapore, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Philippines, Bangladesh, Laos, Cambodia and Myanmar. foodpanda is a subsidiary of Delivery Hero, a global leader of the food delivery industry. For more information, visit www.foodpanda.com.
ABOUT DELIVERY HERO
Delivery Hero is the world’s leading local delivery platform, operating its service in over 70 countries across Asia, Europe, Latin America, the Middle East and North Africa. The company started as a food delivery service in 2011 and today runs its own delivery platform on four continents. Additionally, Delivery Hero is pioneering quick commerce, the next generation of e-commerce, aiming to bring groceries and household goods to customers in under one hour and often in 20 to 30 minutes. Headquartered in Berlin, Germany, the company has more than 53,000 employees globally. Delivery Hero has been listed on the Frankfurt stock exchange since 2017 and now part of the MDAX stock market index. For more information, please visit www.deliveryhero.com.
For media enquiries, please contact:
airasia Superapp Communications team at superappcomms@airasia.com
foodpanda Malaysia at press@foodpanda.my