AirAsia Syarikat Penerbangan Rasmi World Electronic Sports Games di Asean

Kenyataan Gambar (Tiga dari kiri ke kanan) : Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alisports Zhang Dazhong, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi Agri Mind Sdn…

Kenyataan Gambar (Tiga dari kiri ke kanan) : Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alisports Zhang Dazhong, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi Agri Mind Sdn Bhd Calvin Lau di majlis pelancaran AirAsia dan Alisports Membawakan World Electronic Sports Games ke Asean di AirAsia RedQ.

SEPANG, 29 Jun 2018 – Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam bidang e-sukan, AirAsia kini menaja acara World Electronic Sports Games (WESG) di Asean sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi. WESG merupakan kejohanan sukan elektronik antarabangsa yang dianjurkan oleh Alisports - cabang syarikat Alibaba Group.

Kerjasama dengan Agri Mind Sdn Bhd yang termasuk penerbangan, nilai media dan hadiah wang tunai ini adalah selaras dengan komitmen syarikat penerbangan ini untuk menyokong bakat-bakat terbaik di rantau ini dan mengukuhkan usahanya dalam inisiatif digital seperti e-sukan.

Sebagai penaja utama, jenama AirAsia akan diintegrasikan dalam platform digital dan acara kejohanan WESG di Asean. Di samping itu, syarikat penerbangan itu berpeluang untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan sampingannya di acara tersebut seperti kedai dalam talian, ejen penjualan tiket dan lain-lain.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Dari segi peminat e-sukan, Asean adalah salah satu rantau yang berkembang pesat di dunia dengan 9.3 juta peminat, dan jumlah ini dijangka akan bertambah sebanyak 36.1 peratus pada setiap tahun hingga 2019*. Justeru, sebagai sebuah syarikat digital yang inovatif, kami berbesar hati untuk menjadi penaja utama dan berharap untuk menyumbang kepada arena e-sukan dengan menyokong atlet-atlet e-sukan profesional di Asean untuk bersaing di kejohanan global. Kami juga percaya penajaan ini akan meletakkan kami di barisan hadapan sebagai penyumbang kepada perkembangan e-sukan di Asean.”

Presiden Kelab AirAsia Allstars Esport Allan Phang berkata, “Kerjasama ini menunjukkan komitmen berterusan kami terhadap e-sukan. Pada bulan Januari, kami memulakan penglibatan dalam arena e-sukan sebagai penaja dan rakan kongsi penerbangan eksklusif Mineski Pro Team. Dua bulan kemudian, kami menjadi pemilik majoriti Team Saiyan, salah satu pasukan profesional peringkat tertinggi dalam arena e-sukan - dan menjenamakannya semula kepada AirAsia Saiyan. Hari ini, kami bangga kerana dapat membawa WESG ke Asean dan terus menyokong bakat e-sukan di rantau ini.”

Pengerusi Agri Mind Sdn Bhd Calvin Lau berkata, “Agri Mind amat teruja untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama seperti Alisports dan AirAsia untuk menjadikan WESG di Asean sebagai kejohanan e-sukan utama di rantau ini. Dengan menyokong perkembangan e-sukan dari akar umbi di rantau ini, kami berhasrat untuk memupuk generasi baharu menjadi pemain bertaraf dunia yang mempunyai kemahiran, ketabahan dan beretika untuk menjadi yang terbaik.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alisports Zhang Dazhong berkata, “WESG telah menarik perhatian di seluruh dunia semenjak dua tahun lalu. Bekerjasama dengan AirAsia merupakan satu penghormatan besar bagi kami kerana mereka bukan sahaja rakan kongsi premium malah mereka juga menyokong WESG untuk musim baharu dari 2018-2019. AirAsia sentiasa menyokong sukan tradisional dan kami berbesar hati kerana kini mereka mula menyokong e-sukan bersama-sama Alisports dan WESG. Kami amat mengalu-alukan sokongan AirAsia dalam acara WESG di Asean.”

Pendaftaran dalam talian bagi acara WESG di Asean di setiap negara akan mula dibuka dari 29 Jun hingga 31 Julai 2018. Kesemua 10 negara ini akan menganjurkan pertandingan dalam talian masing-masing diikuti oleh pertandingan di peringkat kebangsaan (LAN) dari 1 Ogos hingga 30 September 2018. Pusingan Akhir Asean pula akan diadakan pada bulan November 2018 dan Pusingan Akhir Antarabangsa akan diadakan pada bulan Mac 2019. Untuk mendaftar, sila layari sea.wesg.com/registration

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Sumber: Laporan Newzoo 2015, Introduction to the South East Asian Games Market

***

Mengenai World Electronic Sports Games (WESG)

World Electronic Sports Games (WESG) was established in 2016 as an international esports championship tournament by Alisports. WESG currently possesses the highest winning prize of any third-party tournament, and the competition differs greatly from that of other commercial tournaments with WESG focusing on following the Olympic standard, emphasizing on national pride, and encouraging fans to partake in the competition. Players are selected from local and regional competitions to compete at the highest esports stage against other top-tier professional esports gamers.

Mengenai Alisports

Alisports Group, founded in 2015 by the Chinese e-commerce giant Alibaba Group, integrates e-commerce, media, home entertainment, cloud computing and other Internet-enabled technologies to form a sports platform. Alisports leverages Alibaba Group's vast e-commerce ecosystem, media resources and deep experience to create value for sports industry participants and enhances consumers and sports fans' engagement with teams and brands.

Mengenai  Agri Mind Sdn Bhd

Founded in October 2008, Agri Mind Sdn Bhd is a growing company that aims to continuously expand its global network through high value-added services, such as information technology systems, marketing strategies and event managements. We are experts in cybercafé systems, from basic - centralized, ticketing, payment systems to well-developed structures, we offer made- to-order systems to meet the needs of different clients.

We have been in the industry for a decade and we have strong experience in organizing and managing events, conferences, launches, roadshows, annual dinners and more. We form connections, partnership, and collaborations, creating new value for clients and projects we work with. Recently, we teamed up with World Electronic Sports Games (WESG) and Alisports as strategic partner, to support the esport industry in Southeast Asia.

News, Malaysia, EnglishM ASepang