AirAsia tambah 437 penerbangan sempena Hari Raya
SEPANG, 3 April 2019 – AirAsia akan menambah 437 penerbangan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri antara 30 Mei dan 16 Jun 2019.
Penerbangan tambahan yang ditawarkan adalah dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuching, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Alor Setar, Kota Bharu, Langkawi, Terengganu dan Johor Bahru, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu, Tawau dan Alor Setar.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, kami berbesar hati untuk menyatukan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan ini. Untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat sempena musim ini, kami berbesar hati untuk menambah penerbangan dengan menawarkan sebanyak 78,000 kerusi tambahan untuk membantu masyarakat pulang beraya. Kami akan berusaha menambah lebih banyak lagi penerbangan pada masa akan datang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas sokongan mereka dalam meluluskan penerbangan tambahan ini.”
Penerbangan tambahan ini boleh ditempah sekarang di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.
Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).