AirAsia tambah hubungan ke Sarawak dari Kota Kinabalu

Kenyataan Gambar: (Dua dari kiri ke kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Badan Pelancongan Sarawak, Puan Sharzede Datu Hj Salleh Askor; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Hii Chang Kee; Pen…

Kenyataan Gambar: (Dua dari kiri ke kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Badan Pelancongan Sarawak, Puan Sharzede Datu Hj Salleh Askor; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Hii Chang Kee; Pengarah Perhubungan Kerajaan AirAsia Zamani Rafique; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Datuk Tiong Thai King dan Pengurus Malaysia Airports Holding Berhad di Sibu Zainudin Abdul Nasir di majlis meraikan penerbangan AirAsia Kota Kinabalu-Sibu di Lapangan Terbang Sibu.

SIBU, 29 Januari 2019 - AirAsia meraikan laluan baharu Kota Kinabalu-Sibu pada hari ini setelah memulakan penerbangan untuk laluan tersebut baru-baru ini sebagai perkhidmatan komersial untuk terus menambah hubungan ke Sarawak.

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 6.40 petang dan mendarat di Sibu pada jam 8.00 malam serta disambut oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengarah Perhubungan Kerajaan AirAsia Zamani Rafique.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami berbesar hati untuk meraikan tahun 2019 dengan perkhidmatan komersial baharu dari Kota Kinabalu ke Sibu dan Bintulu. Pada tahun lepas, kami telah menerbangkan lebih 1.2 juta orang tetamu ke dan dari Sibu dan 669,000 orang tetamu ke dan dari Bintulu. Kami komited untuk menambah hubungan antara Sabah dan Sarawak dan dengan tambahan dua kali penerbangan sehari dari Kota Kinabalu, kami menjangka jumlah pelawat ke dua-dua buah destinasi akan bertambah lebih ramai, dan ia akan meningkatkan lagi hubungan antara bandar-bandar kedua di Sabah dan Sarawak.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan dan kerajaan persekutuan berikutan kelulusan Kabinet untuk memulakan operasi penerbangan komersial ini. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua kerajaan serta lembaga pelancongan negeri Sabah dan Sarawak atas sokongan berterusan mereka dan berharap untuk terus bekerjasama bagi memajukan sektor-sektor ini.”

AirAsia kini beroperasi ke empat destinasi dari Sibu - Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu - dengan 90 penerbangan sehala seminggu, dan ke tiga destinasi dari Bintulu - Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu - dengan 56 penerbangan sehala seminggu.

Untuk meraikan perkhidmatan baharu tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM59* dari Sibu ke Kota Kinabalu. Tambang ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 3 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan segera hingga 31 Julai 2019.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

 * Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasukcukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Malaysia, News, EnglishM ASibu