AirAsia tambah penerbangan dua kali sehari ke Colombo sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan

SEPANG, 18 Julai 2023 - AirAsia telah meningkatkan kekerapan penerbangan ke Colombo, Sri Lanka kepada sebelas kali seminggu bermula 17 Julai 2023 sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan rangkaiannya di Asia Selatan.

Kekerapan penerbangan tambahan itu dilancarkan dengan acara pelepasan istimewa semalam yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Panglima Udara Marshal Sumangala Dias, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, serta Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited dan Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia. Para tetamu di dalam penerbangan AK45 ke Colombo turut diraikan dengan meriah sempena memulakan perjalanan mereka.

Laluan Kuala Lumpur-Colombo telah lama menjadi salah satu laluan AirAsia yang popular sejak ia mula beroperasi pada tahun 2009. Terkenal di dunia dengan makanan laut segar dan pemandangan indah, Colombo adalah syurga pelancongan untuk para pengembara dan penggemar makanan. Dengan peningkatan kekerapan harian ini, para tetamu boleh menikmati lebih fleksibiliti dalam merancang perjalanan mereka ke destinasi yang mesti dilawati ini dan dari Colombo ke Kuala Lumpur secara langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat teruja untuk melancarkan peningkatan kekerapan dan penyambungan semula laluan Colombo ini. Beliau berkata: “Kami berbesar hati untuk menyambung semula penerbangan kami ke Colombo pada bulan April tahun lalu, dan kami teruja untuk meningkatkan kekerapan kepada dua kali sehari sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan rangkaian kami untuk memenuhi peningkatan permintaan perjalanan ke Asia Selatan. Colombo ialah sebuah bandar indah yang mempunyai daya tarikan besar untuk pelancong riadah dan perniagaan. Justeru, kami berharap dapat menghubungkan lebih ramai pelancong antara Kuala Lumpur dan Sri Lanka pada tambang yang berpatutan.

“AirAsia komited untuk menjadikan ketersambungan ini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat dan dua penerbangan harian, kami yakin lebih ramai pengembara dapat menikmati keindahan Colombo dengan lebih mudah dan berpatutan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Tuan Yang Terutama Panglima Udara Marshal Sumangala Dias, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia kerana menyerikan acara pelepasan kami serta kerajaan Sri Lanka atas sokongan mereka.”

Sempena meraikan penambahan kekerapan laluan itu, AirAsia menawarkan tambang promosi bermula RM389* termasuk semua sehala dari Kuala Lumpur ke Colombo, dengan diskaun sebanyak 50%** untuk tempahan bagasi bagi masa terhad sahaja. Tempahan boleh dibuat di airasia Superapp dan laman web mulai hari ini hingga 23 Julai 2023 untuk perjalanan antara hari ini dan 31 Mac 2024.

*Tambang termasuk semua sehala termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Promosi diskaun 50% untuk bagasi adalah mengikut tempahan terawal. Tertakluk kepada terma dan syarat.