AirAsia tambah 1,000,000 tempat duduk promosi berikutan peningkatan permintaan

Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk menempah tempat duduk promosi ini dengan tambang termasuk semua * daripada RM28 sehala ke lebih 130 destinasi

SEPANG, 23 Februari 2024 - Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk kempen Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia, dan syarikat penerbangan ini telah menambah satu juta tempat duduk promosi berikutan peningkatan permintaan daripada penegmbarag di seluruh rantau ini.

Dilancarkan pada awal minggu ini, kempen ini telah menarik minat para pengembara untuk melancong ke destinasi domestik menarik di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Miri daripada RM28 termasuk semua* sehala ke atau melawati destinasi eksotik di Asean seperti Krabi, Bali, Medan daripada RM83 termasuk semua* sehala.

Bagi pengembara yang ingin terbang lebih jauh, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua** bermula RM299 sehala ke pelbagai destinasi di seluruh Asia dan lain-lain seperti Almaty, Hangzhou, Delhi, Sydney dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Sejak pelancaran kempen Tempat Duduk PERCUMA* kami yang pertama pada tahun ini, kami telah menyaksikan sambutan luar biasa dalam masa 72 jam pertama jualan dengan tempahan ke destinasi popular termasuk Pulau Pinang, Krabi, Bandar Ho Chi Minh, Da Nang dan banyak lagi. Ini adalah bukti permintaan kukuh untuk sektor pelancongan merentasi Asean, dan kami berbangga untuk menerbangkan para tetamu ke destinasi impian mereka dengan tambang rendah. Kini, kami menambah satu juta tempat dudul promosi yang boleh ditempah mulai hari ini termasuk untuk penerbangan jarak sederhana ke Melbourne, Taipei, Tokyo dan banyak lagi. Kami tidak sabar untuk menerbangkan berjuta-juta para tetamu dalam beberapa bulan akan datang.”

Dengan masa yang semakin suntuk, para pengembara digalakkan untuk menempah tempat duduk mereka untuk perjalanan antara 1 September 2024 dan 18 Jun 2025. Tempahan boleh dibuat melalui airasia Superapp atau airasia.com.

Selain itu, AirAsia juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk tempahan ciri Fast Pass dan 20 peratus untuk tempahan Xtra Carry-On. Pemegang kad BigPay di Malaysia juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 untuk semua penerbangan AirAsia.

Kempen Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia telah membolehkan para pengembara dalam dan luar negara terbang ke seluruh dunia dengan tambang lebih berpatutan. Promosi ini menawarkan tambang asas percuma* dan para tetamu hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan caj berkaitan sahaja seterusnya menawarkan lebih nilai kepada mereka.

*Tambang promosi termasuk semua bagi Penerbangan Domestik adalah untuk perjalanan sehala sahaja bermula daripada RM28 dan Penerbangan Antarabangsa bermula daripada RM83. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Tambang promosi jarak sederhana adalah termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.