AirAsia tambang rendah kini kembali untuk lebih banyak pengembaraan
Mulakan pengembaraan anda yang seterusnya dengan diskaun sehingga 20 peratus untuk penerbangan*
Kembali meneroka dunia dengan lebih banyak pengembaraan menanti anda
SEPANG, 23 Jun 2026 – AirAsia Tambang Rendah Kini Kembali! Para tetamu kini boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus* untuk tambang rendah ke rangkaian destinasi AirAsia yang luas, menjadikan perjalanan lebih mudah dan berpatutan. Daripada percutian hujung minggu hingga pengembaraan yang telah lama dinantikan, AirAsia sedia membawa anda ke lebih banyak destinasi dengan tambang berpatutan dan berbaloi.
Tempoh Tempahan:
Mulai hari ini hingga 28 Jun 2026
Tempoh Perjalanan:
1 Ogos 2026 hingga 31 Mac 2027
Laluan Pilihan:
Terokai lebih banyak destinasi dari Kuala Lumpur ke Penang, Bali, Trivandrum, Shenzhen, Da Nang, Osaka, Sydney, Istanbul dan banyak lagi!
Kelebihan Tambahan:
Perubahan rancangan perjalanan? Kami sedia membantu! Nikmati satu kali penukaran penerbangan tanpa yuran perubahan dan ubah jadual penerbangan anda dengan lebih fleksibel tanpa sebarang yuran pemprosesan.
Dapatkan lebih nilai dengan penjimatan sehingga 30 peratus* menerusi Value Pack yang menawarkan pelbagai kemudahan perjalanan termasuk daftar bagasi masuk 20kg, pemilihan tempat duduk ekonomi, hidangan dalam penerbangan dan banyak lagi, menjadikan setiap perjalanan bersama AirAsia lebih selesa, mudah dan berbaloi.
Promosi ini boleh dinikmati secara eksklusif melalui aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com. Tempah sekarang untuk mendapatkan tambang istimewa, tawaran menarik serta nilai lebih berbaloi bagi perjalanan anda yang seterusnya.
* Sah untuk laluan terpilih sahaja.
** Perbezaan tambang dikenakan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
*** Sah semasa tempahan awal melalui aplikasi AirAsia MOVE sahaja, tertakluk kepada ketersediaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.