AirAsia tawar 10 juta Tempat Duduk PERCUMA
Kempen ini menawarkan tambang perjalanan berpatutan ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia, Australia dan lain-lain
KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2024 - AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk di seluruh rangkaiannya ke lebih 130 destinasi di Asia, Australia dan lain-lain. Melalui rangkaian laluan AirAsia yang semakin berkembang, kempen ini menawarkan perjalanan berpatutan ke destinasi yang belum diterokai dan pilihan ramai di samping meningkatkan kesalinghubungan di seluruh rantau ini.
Terokai destinasi unik dengan keindahan pantai di Port Blair dan pulau menakjubkan di Labuan Bajo, kemeriahan di Pattaya, kekayaan budaya di Medan, panorama menakjubkan di Guwahati dan monumen bersejarah di Siem Reap. Bagi pengembara yang ingin menerokai destinasi popular dalam negara, rebut peluang ini untuk menempah penerbangan ke Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi dan Kuching.
Selain itu, AirAsia turut menawarkan Jualan Besar-Besaran dengan tambang rendah bermula daripada RM339 termasuk semua** sehala ke destinasi pelancongan pilihan ramai seperti Taipei, Melbourne Tokyo, Seoul, Almaty, Nairobi, Beijing dan lain-lain.
Paul Caroll, Ketua Pegawai Komersial AirAsia Aviation Group berkata: "Kempen Tempat Duduk PERCUMA* kami telah dipertingkatkan dengan tawaran 10 juta tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Kempen ini dilancarkan tepat pada masanya di mana industri pelancongan di rantau Asia-Pasifik (APAC) menunjukkan pemulihan dan pertumbuhan ketara. Destinasi pelancongan di APAC kini semakin popular dan merangkumi separuh daripada 10 tempat pelancongan utama. Ini membuktikan peningkatan permintaan dikalangan pelancong berdasarkan perubahan dalam transaksi pelancongan sepanjang tahun lepas.
"Kami juga melihat corak perjalanan yang semakin berkembang di mana pelancong memilih untuk bercuti lebih lama dengan peningkatan purata dua hari bagi setiap perjalanan dan meletakkan keutamaan kepada pengalaman berbanding pembelian. Ini selaras dengan komitmen AirAsia untuk menawarkan tambang berpatutan, jumlah penerbangan yang lebih kerap dan pelbagai pilihan produk pelancongan lain. Kami berhasrat untuk menggalakkan para pengembara untuk mengambil peluang yang ditawarkan ini untuk menikmati nilai terbaik dan mempertingkatkan pengalaman perjalanan mereka.”
Semua penerbangan kini boleh ditempah mulai hari ini hingga 8 September 2024 di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com untuk tempoh perjalanan dari 17 Februari 2025 hingga 31 Januari 2026. Bagi Jualan Besar-Besaran, tempoh perjalanan adalah dari 17 Februari 2025 hingga 28 Disember 2025. Para tetamu AirAsia juga boleh menempah bagasi daftar masuk pada kadar istimewa bermula daripada MYR19 (Tempat Duduk PERCUMA*) dan MYR61 (Jualan Besar-Besaran) dan digalakkan untuk membuat tempahan awal bagi tempat duduk, hidangan dalam penerbangan dan insurans perjalanan untuk lebih penjimatan dengan diskaun sehingga 80 peratus.
*Tambang promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya terpakai untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tambang promosi termasuk semua sehala bermula daripada RM39 sehala (Domestik) dan RM75 sehala (Asean) termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
**Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
*** Tambang promosi adalah sah untuk laluan terpilih semasa tempahan awal, bergantung kepada ketersediaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.