AirAsia tawar diskaun 25 peratus* untuk semua tempat duduk dan penerbangan
SEPANG, 21 April 2025 – Jualan ‘Semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan’ AirAsia kini kembali, menawarkan diskaun 25 peratus* ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian luasnya.



Destinasi Pilihan AirAsia Malaysia (AK): Miri, Kuching, Darwin**, Kaohsiung, Jaipur, Lucknow, Krabi, Chiang Mai, Da Lat, Guilin, Quanzhou dan banyak lagi.
Tambang termasuk semua *** sehala:
Domestik: bermula RM64***
Antarabangsa: bermula RM136***


Destinasi Pilihan AirAsia X Malaysia (D7): Tokyo, Seoul, Taipei, Chongqing, Beijing, Almaty, New Delhi, Sydney dan banyak lagi.
Tambang termasuk semua*** sehala: Bermula RM295*** atau nikmati lebih keselesaan dengan Premium Flatbed AAX yang telah memenangi anugerah dengan diskaun tambahan 25 peratus, bermula daripada RM782***.
Tempoh Tempahan: Sekarang hingga 27 April 2025.
Tempoh Perjalanan:
28 April - 30 November 2025
Darwin: 27 Jun - 25 Oktober 2025
Manfaat Tambahan****:
Nikmati diskaun tambahan 25 peratus untuk pemilihan tempat duduk
Nikmati diskaun 10 peratus untuk pembelian bagasi daftar masuk antara 20kg-60kg
Layari airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE untuk menempah percutian dengan tambang lebih rendah!
*Diskaun 25 peratus ke atas tambang asas sah untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa.
**AirAsia Malaysia (AK) akan memulakan operasi bagi laluan Kuala Lumpur-Darwin mulai 27 Jun 2025.
***Tambang termasuk semua hanya sah untuk perjalanan sehala, termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, caj bahan api, dan fi lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.
****Promosi Pilih Tempat Duduk dan bagasi daftar masuk hanya sah semasa tempahan penerbangan awal. Tertakluk kepada ketersediaan. Terma dan syarat dikenakan.