AirAsia tawar diskaun sehingga 30 peratus menerusi jualan Semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan bagi menyambut musim cuti hujung tahun

SEPANG, 19 Oktober 2026 – Menjelang musim cuti hujung tahun, AirAsia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus* bagi penerbangan di seluruh rangkaiannya menerusi jualan istimewa semua tempat duduk, semua penerbangan, sekali gus menawarkan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk merancang percutian pada harga yang lebih berpatutan. Para pengembara juga boleh menikmati pengalaman penerbangan yang lebih premium dengan diskaun sehingga 30 peratus* bagi tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X (D7) yang memenangi pelbagai anugerah.

Laluan Pilihan:

Terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Manila, Palembang, Phu Quoc, Kaohsiung, Tokyo, Melbourne, Beijing, Istanbul, Almaty dan pelbagai destinasi lain

Tempoh Tempahan:

Mulai hari ini hingga 25 Oktober 2026

Tempoh Perjalanan:

2 November 2026 hingga 30 September 2027

Nikmati Manfaat Tambahan:

Nikmati pengecualian yuran pertukaran tarikh penerbangan sekali sahaja** sekiranya rancangan perjalanan berubah, tanpa yuran pemprosesan (tertakluk pada perbezaan tambang). Anda juga boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus* bagi Pakej Nilai yang merangkumi bagasi daftar masuk, hidangan dalam penerbangan dan pemilihan tempat duduk untuk pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan selesa.

Rancang percutian hujung tahun anda bersama AirAsia menerusi promosi semua tempat duduk, semua penerbangan dengan diskaun sehingga 30 peratus*. Tempah sekarang melalui AirAsia MOVE dan nikmati lebih penjimatan untuk pengembaraan seterusnya!

*Diskaun terpakai untuk tambang asas sehala sahaja dan tidak termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api serta fi lain yang berkenaan.

**Perbezaan tambang mungkin dikenakan. Tertakluk pada terma dan syarat.

***Sah untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal melalui AirAsia MOVE, tertakluk pada ketersediaan. Tertakluk pada terma dan syarat.