AirAsia tawar peluang untuk meneroka keunikan Thailand

Terbang terus dari Malaysia ke Thailand dengan tambang bermula daripada RM185* sehala termasuk semua

SEPANG, 22 Julai 2026 – Susulan kerjasama strategik antara AirAsia dan Tourism Authority of Thailand (TAT) yang diumumkan baru-baru ini bagi merancakkan hubungan pelancongan antara kedua-dua negara, AirAsia kini menawarkan jualan eksklusif selama tiga hari untuk pelancong yang ingin meneroka Thailand, dengan tambang termasuk semua sehala bermula daripada RM185*.

Tempoh Tempahan:

Mulai hari ini sehingga 24 Julai 2026

Tempoh Perjalanan:

Dari 1 Ogos 2026 hingga 30 Jun 2027

Laluan Pilihan:

Terokai pesona Thailand dengan penerbangan terus AirAsia ke destinasi pilihan, termasuk bandar ikonik, pantai yang memukau dan tarikan budaya yang tersendiri:

  • Dari Kuala Lumpur ke Phuket, Bangkok (Don Mueang), Krabi, Chiang Mai dan Hat Yai

  • Dari Pulau Pinang ke Phuket dan Bangkok (Don Mueang)

  • Johor Bahru ke Bangkok (Don Mueang)

Nikmati perjalanan yang lebih lancar dengan pilihan tambahan berikut:

  • Fleksibiliti: Nikmati satu kali pengecualian yuran perubahan penerbangan** sekiranya anda perlu mengubah rancangan perjalanan, tanpa sebarang yuran pemprosesan dikenakan.

  • Kemudahan: Nikmati penjimatan 20% untuk bagasi daftar masuk 20kg*** apabila anda menambah bagasi semasa pembelian tiket penerbangan.

Rancang perjalanan anda seterusnya dengan tawaran eksklusif yang tersedia menerusi aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com. Terokai destinasi baharu, nikmati tambang lebih berbaloi dan jadikan setiap perjalanan lebih bermakna bersama AirAsia.

* Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api serta yuran berkaitan yang berkenaan. Tertakluk kepada laluan terpilih sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

** Perbezaan tambang mungkin dikenakan.

*** Sah untuk pembelian semasa tempahan penerbangan pertama melalui AirAsia MOVE sahaja, tertakluk kepada ketersediaan. Tertakluk kepada laluan terpilih sahaja dan terma serta syarat.