AirAsia tawar penerbangan tambahan untuk menyatukan keluarga dan rakan pada Tahun Baru Cina ini

SINGAPURA, 28 November 2024 - AirAsia bersiap sedia untuk menyambut Tahun Ular pada tahun 2025 dengan mengumumkan penerbangan tambahan sempena Tahun Baru Cina bagi menyatukan keluarga dan rakan-rakan antara Singapura dan Sabah/Sarawak.

Para tetamu AirAsia kini boleh merancang perjalanan perayaan mereka antara 24 Januari dan 5 Februari 2025. Sepanjang tempoh ini, nikmati penerbangan lewat malam dari Singapura ke Kuching, atau penerbangan secara terhad dari Singapura ke Sibu, Miri atau Tawau.

Dengan penambahan 22 penerbangan tambahan ke destinasi terpilih antara Sabah dan Sarawak, AirAsia akan mengoperasikan 43 penerbangan sepanjang musim perayaan 2025 dengan menawarkan lebih daripada 7,900 tempat duduk dengan tambang istimewa. Ini adalah bukti komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk meningkatkan kesalinghubungan perjalanan semasa musim perayaan selari dengan misi utama iaitu 'Kini semua orang boleh terbang'.

Penerbangan Tambahan dari 2 hingga 5 Februari 2025:

Penerbangan Musim Perayaan dari 24 Januari hingga 4 Februari 2025:

Para tetamu yang merancang perjalanan semasa musim perayaan ini digalakkan untuk melakukan daftar masuk kendiri melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia sehingga 14 hari sebelum tarikh berlepas. Dengan menggunakan pas masuk elektronik, anda boleh menaiki penerbangan dengan lebih mudah. Untuk pengalaman perjalanan yang lancar, disarankan agar anda tiba awal di lapangan terbang. Kaunter penyerahan bagasi kendiri dibuka sekurang-kurangnya dua (2) jam sebelum waktu