AirAsia tawar promosi berikutan peningkatan permintaan perjalanan

ReturnFights_50%off_SocialMedia_FB(Launch).png

SEPANG, 20 Julai 2020 - Berikutan permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat, AirAsia telah melancarkan promosi istimewa potongan harga 50* peratus untuk penerbangan pulang dengan tempahan penerbangan pergi balik.

Tawaran ini tersedia untuk mana-mana penerbangan domestik Malaysia yang ditempah antara 20 Julai dan 24 Julai 2020 untuk tempoh perjalanan dari 4 Ogos sehingga 6 Disember 2020. Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia. Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

Para tetamu juga boleh menikmati lebih penjimatan dan kemudahan apabila mereka menempah pakej penerbangan dan hotel melalui SNAP. Tambang penerbangan pergi balik beserta penginapan hotel selama 3 hari, 2 malam tersedia daripada serendah RM249 untuk seorang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Antara hotel yang boleh ditempah di Pulau Pinang termasuklah Vouk Hotel Suites, Cititel Penang, Tropics Eight Suites dan banyak lagi.

Amanda Woo, Ketua Komersial AirAsia berkata: “Tinjauan pasaran yang kami lakukan menunjukkan permintaan perjalanan yang semakin meningkat sebaik sahaja keadaan bertambah baik. Carian penerbangan di laman web kami juga telah meningkat lebih daripada 150% sejak kami memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kami turut meningkatkan kekerapan penerbangan domestik untuk memenuhi permintaan ini. Pada bulan Ogos, kami telah menjadualkan lebih 30 peratus frekuensi tambahan penerbangan berbanding bulan Julai, berjumlah lebih 600 penerbangan mingguan ke 16 destinasi di Malaysia. Dan 70 peratus daripadanya adalah penerbangan antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak, di mana Kota Kinabalu, Kuching dan Tawau adalah destinasi teratas. Kami akan terus meningkatkan kapasiti dan melancarkan lebih banyak tawaran menarik supaya semua orang boleh terbang dengan tambang berpatutan.”

AirAsia juga menawarkan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan menawarkan para tetamu yang melakukan perjalanan sehingga 31 Disember 2020 kelebihan untuk mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa bayaran pertukaran penerbangan.

Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan dari kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah menyediakan prosedur tanpa sentuhan dan perkenalkan siri langkah keselamatan baharu, termasuk kepada mereka yang berisiko tinggi bagi memastikan keselamatan semua para tetamu. Sila layari pautan ini untuk mengetahui semua inisiatif yang telah diterapkan oleh AirAsia bagi memastikan penerbangan kekal selamat untuk semua.    

Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Diskaun hanya tersedia untuk penerbangan pulang dengan tempahan penerbangan pergi balik. Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Baca di sini: https://air.asia/b9qKC

Malaysia, News, EnglishM A