AirAsia tawar tambang bermula RM14 sempena kemenangan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 14 tahun berturut-turut

SEPANG, 22 Jun 2023 - Susulan kemenangan AirAsia kali ke-14 berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 di Paris, Perancis semalam yang diundi oleh berjuta-juta pengguna, syarikat penerbangan itu meraikannya dengan menawarkan tambang penerbangan bernilai terbaik sebagai tanda penghargaan kepada semua.

AirAsia hari ini melancarkan tambang daripada RM14 termasuk semua* sehala ke pelbagai destinasi domestik popular termasuk Langkawi, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi; daripada RM64 termasuk semua* sehala ke Singapura, Kuching, Kota Kinabalu; dan daripada RM94 termasuk semua* sehala ke Bangkok, Bali, Krabi dan Bandar Ho Chi Minh. Para tetamu juga boleh terbang lebih jauh daripada RM294 termasuk semua* sehala ke Taipei, Seoul, Busan, Gold Coast, Osaka, Hangzhou dan lain-lain. 

Selain itu, nikmati diskaun 14% untuk perkhidmatan Xtra Carry-On** untuk meningkatkan saiz bagasi kabin kepada 14kg. Promosi ini tersedia mulai hari ini hingga 25 Jun 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2023 dan 8 Oktober 2024 di airasia Superapp atau laman web.

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik daripada Skytrax selama 14 tahun berturut-turut adalah detik yang membanggakan buat kami. Kami tidak dapat mencapai kemenangan yang luar biasa ini tanpa sokongan berterusan daripada 800 juta tetamu kami yang telah memilih untuk terbang bersama kami sehingga kini. Sebagai tanda terima kasih kepada semua, kami melancarkan jualan istimewa ini untuk menunjukkan sokongan kami kepada para tetamu, supaya mereka boleh terus terbang dengan tambang berpatutan yang merupakan teras syarikat ini.

“Syarikat penerbangan, produk, dan perkhidmatan kami akan sentiasa berkembang sejajar dengan permintaan pengguna. Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami akan terus peka dengan keperluan para tetamu untuk memastikan kami dapat memenuhi keperluan mereka pada nilai terbaik.”

Kini lebih daripada sebuah syarikat penerbangan, para tetamu AirAsia juga boleh mendapatkan tawaran perjalanan dan gaya hidup berpatutan di airasia Superapp yang menyediakan akses kepada perkhidmatan penerbangan, penginapan, penghantaran, makanan, perjalanan, e-panggilan, dan banyak lagi yang akan terus berkembang merentasi semua pasaran teras AirAsia. Muat turun airasia Superapp hari ini untuk terbang dengan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan mendapatkan pelbagai tawaran perjalanan lain.

*Tambang promosi termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Saiz bagasi 14kg berdasarkan satu beg kabin dan satu beg kecil, sehingga 7kg setiap satu. Perkhidmatan ini mungkin terhad pada beberapa penerbangan sahaja berikutan mengikut berat dalam penerbangan dan peraturan keselamatan akan dikenakan.