AirAsia terbang lebih tinggi, rai penerbangan sulung Jakarta-Kuching
KUCHING, 15 Jun 2023 - Ibu negeri Sarawak hari ini mengalu-alukan ketibaan para tetamu dalam penerbangan sulung AirAsia dari Jakarta, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
YB Dato' Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, bersama-sama Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut hadir untuk menyambut ketibaan tetamu dalam penerbangan QZ530 dari Jakarta yang tiba pada jam 10.40 pagi waktu Malaysia. Tetamu kehormat lain yang turut menaiki penerbangan tersebut termasuk Raden Wisnu Sindhutrisno, Pengarah Pemasaran Wilayah Kementerian Pelancongan Indonesia dan Kapten Wuri Septiawan, Pengarah Operasi, AirAsia Indonesia.
Laluan baharu ini yang dikendalikan oleh AirAsia Indonesia menandakan laluan antarabangsa keempat yang menghubungkan Sarawak dan Asean, diikuti dengan laluan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia dari Kuching, Miri dan Sibu ke Singapura yang telah dilancarkan pada tahun lalu. Majlis ini diadakan dengan kerjasama AirAsia, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Badan Pelancongan serta sokongan pihak Malaysia Airports.
Dengan kekerapan penerbangan antara Jakarta dan Kuching sebanyak tiga kali seminggu, AirAsia menawarkan tambang promosi sehala termasuk semua yang tersedia untuk tempahan melalui airasia Superapp daripada RM119* sehala dari Kuching ke Jakarta dan IDR559,000* sehala dari Jakarta ke Kuching. Tempah tambang istimewa ini mulai sekarang sehingga 18 Jun 2023 untuk tempoh perjalanan antara sekarang sehingga 14 Disember 2023.
YB Dato’ Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak berkata: “Saya ingin memuji pihak AirAsia yang berusaha keras dengan Lembaga Pelancongan Sarawak, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia dan Lembaga Pelancongan Jakarta untuk menyediakan laluan ini dan untuk memastikan ia bukan sahaja menarik minat rakyat Sarawak, malah untuk kita menggalakkan rakyat Indonesia melawat ke Kuching dan Sarawak secara keseluruhan. Amat penting untuk semua pihak berkepentingan industri menganggap ia sebagai tanggungjawab bersama untuk mempromosikan Sarawak dalam pasaran strategik seperti Indonesia dan memastikan laluan ini terus mampan. Sambungan ke Jakarta ini membuka peluang hubungan yang lebih luas dari Sarawak ke bahagian lain di Indonesia, terutamanya dengan penubuhan ibu kota pentadbiran baharu Indonesia iaitu Nusantara di Kalimantan Timur.”
YB Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak berkata: "Ini adalah detik bersejarah buat kami untuk meraikan penerbangan sulung antara Jakarta dan Kuching serta membuka lembaran baharu untuk kesalinghubungan antara dua bandar dalam pada kami mengalu-alukan pengembara untuk meneroka keajaiban keindahan semula jadi Kuching yang kaya dengan warisan dan rakyatnya yang mesra. Penerbangan ini bukan sahaja mendekatkan budaya kami tetapi juga membuka pintu kepada peluang berterusan untuk sektor pelancongan, perdagangan dan pertumbuhan bersama."
Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor berkata, “Kami amat teruja untuk mengalu-alukan penerbangan terus Airasia Indonesia dari Jakarta ke Kuching, seminggu lebih awal daripada Festival Muzik Dunia Hutan Hujan 2023, sebuah festival yang ikonik di Sarawak. Perkhidmatan penerbangan terus ini bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih mudah untuk kedua-dua warga Sarawak dan Indonesia, malah menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua destinasi ini. Penerbangan ini akan membolehkan pengembara dari kedua-dua negara untuk menikmati tawaran pelancongan yang menarik antara satu sama lain”.
Kapten Wuri Septiawan, Pengarah Operasi, AirAsia Indonesia berkata: “Laluan ini adalah bukti sokongan AirAsia terhadap Indonesia dan Malaysia, bukan sahaja untuk mempercepat pemulihan industri pelancongan, tetapi juga untuk memperkukuh lagi hubungan dan meneroka peluang kerjasama. Dengan laluan ini, kami berharap lebih ramai tetamu kami dapat melakukan perjalanan antara Jakarta dan Kuching dengan mudah dan berpatutan, sama ada untuk riadah atau perniagaan.
“Sementara kami bermula dengan tiga penerbangan mingguan, kami akan terus mengkaji peluang untuk mengembangkan perkhidmatan ini berdasarkan permintaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak, dan semua pihak berkepentingan atas sokongan untuk menjadikan perkhidmatan ini satu realiti. Ini adalah kali pertama AirAsia memperkenalkan laluan ini dan AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang menggunakan laluan ini. Kami percaya bahawa dengan sokongan dan kerjasama semua pihak berkepentingan, laluan ini boleh menjadi popular dan mampan.”
Secara keseluruhan, AirAsia kini mengendalikan 23 penerbangan antarabangsa mingguan ke Sarawak dari Singapura dan Jakarta dan akan meningkatkan kekerapan sejajar dengan permintaan.
Jadual penerbangan dari Jakarta (CGK) ke Kuching (KCH):
Ikuti perkembangan terkini tentang penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi mengikuti @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
*Tambang sehala termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.