AirAsia tingkat hubungan dari Kota Kinabalu dengan penerbangan harian ke Bandar Seri Begawan

BND_BKI_UB_BND - BM.jpg

SEPANG, 7 November 2018 - AirAsia terus meningkatkan hubungan dari Kota Kinabalu dengan penerbangan terus harian ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam bermula 18 Januari 2019.

Perkhidmatan baharu ini menandakan destinasi antarabangsa keempat AirAsia dari Kota Kinabalu yang dilancarkan pada tahun ini selepas Bangkok, Macao dan Kunming.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan laluan antarabangsa baharu dari hab Kota Kinabalu yang semakin berkembang. Pada tahun ini, kami telah menerbangkan lebih daripada 4.9 juta orang juta tetamu dari dan ke Sabah. Dengan penerbangan harian antara Kota Kinabalu dan Bandar Seri Begawan, kami akan mengendalikan sebanyak 356 penerbangan mingguan dari Kota Kinabalu, hab kedua terbesar kami di Malaysia. Kami percaya laluan baharu ini akan terus meletakkan Negeri Di Bawah Bayu sebagai destinasi pelancongan yang berkembang maju dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.”

Beliau menambah: “Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan berterusan mereka. Dengan tambahan rangkaian dan peningkatan kapasiti, kami berharap kerajaan negeri akan menubuhkan terminal lapangan terbang kos rendah (LCCT) di Kota Kinabalu untuk menampung pelan pertumbuhan kami.”

AirAsia juga menawarkan tambang promosi termasuk semua dari Kota Kinabalu ke Brunei dari RM36*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari 8 November 2018 hingga 18 November 2018 untuk tempoh perjalanan antara 18 Januari 2018 dan 30 Mac 2019. Daftarlah sebagai ahli BIG untuk menikmati diskaun segera.

Selain Kota Kinabalu, AirAsia juga terbang dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Begawan dengan 14 penerbangan seminggu.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual penerbangan untuk Kota Kinabalu, Malaysia (BKI) – Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam(BWN):

BM.JPG
Malaysia, News, EnglishM ASepang