AirAsia X Berhad lantik Tan Sri (Dr.) Jamaludin bin Ibrahim sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, menandakan era baharu selepas penggabungan kumpulan penerbangan
SEPANG, 9 Mac 2026 – AirAsia X Berhad (“AirAsia X”) mengumumkan pelantikan Tan Sri (Dr.) Jamaludin bin Ibrahim (“Tan Sri Jamaludin”) sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa serta-merta. Ini menandakan fasa baharu yang penting bagi syarikat penerbangan, seiring dengan kejayaan penggabungan semua syarikat penerbangan berjenama AirAsia ke dalam kumpulan penerbangan yang kukuh, seterusnya memasuki fasa tumpuan dan pertumbuhan yang diperbaharui. Dengan identiti Kumpulan, ia kini menjadi entiti yang lebih kukuh, Barisan Lembaga Pengarah (“Lembaga”) akan memainkan peranan utama dalam menyelaraskan strategi, tadbir urus dan pelaksanaan bagi merealisasikan potensi penuh kumpulan.
Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, berkata: “Kami berbesar hati untuk menyambut Tan Sri Jamaludin sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif kami. Pengalaman kepimpinan beliau yang luas, kepakaran strategik dan kecekapan dalam tadbir urus akan menjadi teras dalam membimbing barisan kepimpinan ketika kami meningkatkan kecekapan, memperkukuh integrasi di seluruh entiti kami dan meluaskan capaian pasaran. Kami menantikan kerjasama rapat dengan beliau bagi merealisasikan potensi penuh kepada penggabungan kumpulan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Dato’ Fam Lee Ee atas kepimpinan dan kecekapan beliau sepanjang tempoh beliau sebagai Pengerusi. Sumbangan beliau pada fasa kritikal peralihan ini amat bernilai dan kami berbesar hati di mana beliau terus menjadi sebahagian daripada barisan Lembaga Pengarah.”
Dato’ Fam Lee Ee, Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas AirAsia X, berkata: “Pelantikan ini merupakan satu penghormatan untuk berkhidmat sebagai Pengerusi AirAsia X pada tempoh yang penting bagi Kumpulan. Saya berbangga apabila dapat bekerjasama dengan Lembaga dan pihak pengurusan dalam menyokong perjalanan syarikat, termasuk penggabungan terkini yang menandakan fasa baharu bagi perniagaan ini. Saya menantikan peluang untuk terus menyumbang sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan menyokong Kumpulan dalam membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan.
Tan Sri (Dr.) Jamaludin bin Ibrahim, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif AirAsia X, berkata:
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli Lembaga atas sokongan mereka, terutamanya kepada Dato’ Fam Lee Ee atas kepimpinan cemerlang beliau sepanjang tempoh jawatannya. Saya juga menghargai barisan Lembaga dan pasukan pengurusan atas pelbagai pencapaian mereka, termasuk penggabungan berjaya semua syarikat penerbangan AirAsia di bawah satu kumpulan. Langkah ini akan memperkukuh organisasi, membuka peluang pertumbuhan baharu, dan meningkatkan kecekapan kos. Saya menantikan peluang untuk terus menyumbang kepada visi bersama kita dalam menjadikan AirAsia juara global, berasaskan tadbir urus yang kukuh dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Tan Sri Jamaludin membawa lebih daripada empat dekad pengalaman kepimpinan cemerlang di dunia korporat Malaysia. Pengalamannya menerajui organisasi besar dan kompleks di rantau ini, memacu transformasi serta menegakkan piawaian tadbir urus yang tinggi menjadikannya sangat sesuai untuk memimpin Lembaga AirAsia X pada detik penting ini. Kepakaran beliau dalam integrasi organisasi dan pertumbuhan jangka panjang yang berdisiplin akan menjadi teras utama AirAsia X dalam memanfaatkan penggabungan untuk mengoptimumkan prestasi dan menyampaikan nilai lestari.
Dengan struktur yang diperkukuh, AirAsia X berada pada kedudukan kukuh untuk memajukan strategi jangka panjang, menyelaraskan operasi unit perniagaan dan meningkatkan kecekapan bagi menyokong daya saing serta ketahanan dalam landskap penerbangan yang sentiasa berkembang