AirAsia X lancar laluan baharu ke Istanbul, menawarkan perjalanan berpatutan dan lancar untuk rakyat Singapura melalui Kuala Lumpur
SINGAPURA, 12 Ogos 2025 – AirAsia X (AAX) meneruskan fasa pertumbuhan seterusnya dengan pengumuman laluan yang dinanti-nantikan ke Istanbul, Türkiye. Pelancong dari Singapura kini boleh terbang ke Türkiye dengan kemudahan sambungan Fly-Thru dengan lancar melalui Kuala Lumpur.
Perkhidmatan baharu antara Kuala Lumpur dan Istanbul ini akan bermula pada 14 November 2025 dengan empat penerbangan mingguan sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam pengembangan rangkaian global AAX.
Pelancaran strategik ini menandakan kemasukan AAX ke Eropah yang telah lama dinantikan dan membuka pintu masuk penting untuk menghubungkan Asia Tenggara ke Eropah melalui salah satu destinasi yang kaya dengan sejarah dan keunikan dari segi geografi di dunia. Terletak di antara dua benua yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus, Istanbul menawarkan peluang unik kepada para pengembara untuk merasai pengalaman terbaik dari dua dunia berbeza.
The airline will operate from Istanbul Sabiha Gökçen International Airport (SAW), a major hub with connections to over 117 international and 40 domestic destinations. This provides guests from Southeast Asia even greater onward travel options, while giving travellers from Istanbul and beyond seamless access to AirAsia’s network of 130 destinations at unbeatable value.
Syarikat penerbangan ini akan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen (SAW) di Istanbul yang merupakan hab utama yang menawarkan sambungan ke lebih 117 destinasi antarabangsa dan 40 destinasi domestik. Ini menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan seterusnya kepada tetamu dari Asia Tenggara, di samping membolehkan para pengembara dari Istanbul dan destinasi lain menikmati akses mudah ke rangkaian 130 destinasi AirAsia dengan lebih nilai.
Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata: “Istanbul merupakan destinasi impian bagi para ramai tetamu kami dan pelancaran ini menandakan satu lagi detik membanggakan dalam perjalanan kami untuk kembali terbang lebih tinggi. Selepas kejayaan pengembangan terbaru ke Asia Tengah, laluan yang telah lama dinantikan ini membawa kami selangkah lebih dekat untuk menawarkan sambungan perjalanan yang lebih jauh merentasi benua. Sebagai satu-satunya bandar di dunia yang terletak di dua benua, Istanbul merealisasikan visi kami untuk menghubungkan Asia dan destinasi lain melalui perjalanan berpatutan jarak sederhana. Ini adalah keputusan strategik yang memperkukuh rangkaian kami, menawarkan lebih banyak laluan untuk kerjasama perniagaan, serta memperluas akses kepada pengalaman baharu bagi para pengembara di seluruh dunia. Dengan pengenalan laluan Kuala Lumpur-Istanbul, pelancong dari Singapura kini boleh menikmati sambungan Fly-Thru dengan lancar ke salah satu bandar transkontinental paling ikonik di dunia melalui pilihan perjalanan berpatutan.
“Laluan baharu ini juga membuka peluang kepada pakej Umrah Plus Istanbul ditawarkan oleh ikhlas.com yang merupakan anak syarikat gaya hidup Islamik di bawah Capital A, memberikan peluang kepada tetamu Muslim kami untuk menggabungkan perjalanan mereka dengan lawatan ke salah satu bandar paling ikonik di dunia. Dari Istanbul, para tetamu kami boleh menikmati perjalanan dengan mudah ke pelbagai destinasi di seluruh Asia termasuk Indonesia, Australia, Singapura, China, Thailand dan banyak lagi melalui perkhidmatan Fly-Thru tanpa perlu mendaftar masuk bagasi semula. Para pengembara dari Eropah dan destinasi lain kini boleh menikmati keindahan Asia Tenggara dengan mudah melalui rangkaian luas kami.”
Jadual Penerbangan antara Singapore (SIN) dan Kuala Lumpur (KUL):
Bagi meraikan pelancaran laluan ini, AAX menawarkan tambang promosi bermula daripada SGD299 termasuk semua* sehala. Penerbangan boleh ditempah mulai hari ini sehingga 20 Ogos 2025 untuk tempoh perjalanan antara 14 November 2025 dan 24 Oktober 2026, melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.
Sebagai bandar terbesar dan pusat ekonomi utama Türkiye, Istanbul merupakan destinasi yang menarik dan menawarkan pengembaraan hebat kepada semua. Dari mercu tanda ikonik seperti Masjid Biru, Hagia Sophia dan Istana Topkapi, kepada Bazaar Besar yang meriah serta Pasar Rempah, bandar ini merupakan khazanah sejarah dan kehidupan tempatan yang penuh warna.
AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) mengendalikan 11 penerbangan harian mingguan antara Singapura dan Kuala Lumpur.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur [KUL] dan Istanbul (Sabiha) [SAW]:
*Tambang promosi termasuk semua ini adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, caj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.