AirAsia X lebarkan sayap ke Asia Tengah, syarikat penerbangan Malaysia pertama terbang terus ke Almaty, Kazakhstan
Tambang promosi pengenalan bermula RM99 untuk tambang termasuk semua*
SEPANG, 23 November 2023 - AirAsia X (AAX) bakal melebarkan sayapnya ke Asia Tengah sebagai syarikat penerbangan Malaysia pertama yang terbang secara langsung ke Almaty, Kazakhstan bermula 14 Mac 2024.
Penerbangan AirAsia X (AAX) ke Asia Tengah membuktikan prestasinya sebagai syarikat penerbangan jarak sederhana dalam meneroka peluang baharu bagi pengembara, pencinta makanan dan mereka yang ingin mendalami kepelbagaian budaya. Syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) yakin akan menyumbang peningkatan yang tinggi dalam perjalanan dua hala antara Kuala Lumpur dan destinasi unik ini dengan aksesibiliti yang lebih berpatutan.
Almaty merupakan pusat perdagangan dan kebudayaan Kazakhstan, menawarkan para pengembara dengan landskap yang indah, kekayaan warisan budaya dan campuran perpaduan tradisional dan moden. Almaty juga berperanan sebagai gerbang ke salah satu daripada sepuluh negara terbesar di dunia.
Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bulat Sugurbayev berkata: "Penglibatan AirAsia X (AAX) ke Kazakhstan merupakan suatu pencapaian yang membanggakan dalam hubungan negara kami. Inisiatif strategik ini tidak hanya mengukuhkan ikatan budaya dan ekonomi antara Kazakhstan dan Malaysia, tetapi juga menyediakan pilihan yang berpatutan bagi para pelancong di rantau ini untuk menerokai keindahan Almaty dan seluruh Kazakhstan - negara terbesar ke-9 di dunia dengan kemajuan digital yang melangkaui beberapa negara Eropah, Asia, dan Amerika. Hubungan udara secara terus antara Kuala Lumpur dan Almaty dijangka akan meningkatkan sektor pelancongan dan perdagangan serta memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara kami. Kami menyambut baik dengan pengumuman hebat ini dan menantikan impak positif yang akan dibawa kepada kedua-dua negara.”
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: "Ini adalah pasaran baru sepenuhnya bagi AAX dan merupakan laluan strategik untuk diteroka secara lebih luas lagi, sekaligus mendekatkan bahagian dunia lain kepada Asia Tenggara. Sebagai usaha pertama kami ke Asia Tengah, pengembangan ke pasaran Kazakhstan adalah bukti kukuh terhadap visi dan tekad kami untuk meneroka destinasi baru serta meneruskan perkhidmatan ke destinasi paling popular kami selepas pandemik. Langkah untuk memperkenalkan penerbangan langsung ke Almaty dijangka akan mendorong pertukaran perdagangan, perdagangan dan pendidikan , mengambil kira status Kazakhstan sebagai negara terkaya di Asia Tengah.
“Sempena sambutan ulang tahun ke-16 AirAsia X pada bulan ini, kami tetap komited untuk menyediakan penyambungan yang tiada tandingannya dengan tambang yang bernilai hebat untuk destinasi kegemaran para tetamu kami. Dengan laluan baru ini, matlamat kami bukan sahaja untuk meningkatkan peluang perjalanan antara dua destinasi besar dan berpenduduk, tetapi juga untuk mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin antara Kazakhstan dan Malaysia selain memajukan sektor sosio-ekonomi di kedua-dua negara."
Seiring dengan persediaan AirAsia X (AAX) yang bakal melancarkan enjinnya buat kali pertama ke Asia Tengah, untuk para pengembara bagi merasai keajaiban Almaty dengan tambang promosi pengenalan bermula RM99 untuk tambang termasuk semua* sehala bagi tempat duduk Ekonomi untuk tempahan bermula 24 hingga 30 November 2023 bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac dan 26 Oktober 2024.
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Almaty (ALA):
*Tambang promosi pengenalan ini termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api, cukai dan yuran lain-lain yang berkenaan. Tambang promosi ini terhad bermula 24 November 2023 jam 1 petang. Tambang promosi ini hanya untuk penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat lain.