AirAsia X perkukuh pengembangan ke Korea Selatan dengan menyambung semula penerbangan ke Busan

SEPANG, 12 Januari 2026 – AirAsia X (AAX) hari ini mengumumkan penyambungan semula penerbangan yang dinantikan oleh semua orang menghubungkan Malaysia dengan bandar pesisir pantai terbesar di Korea Selatan iaitu Busan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang menawarkan penerbangan secara terus antara dua bandar utama tersebut.

Penerbangan yang dijadualkan akan memulakan operasi pada 17 Jun 2026 dengan kekerapan empat kali seminggu, laluan ini menandakan destinasi ke-21 syarikat penerbangan tersebut dan yang kedua di Korea Selatan, serta memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan baharu dan mengukuhkan pasaran AAX di Asia Utara.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, berkata: “Kami berbangga untuk mengembalikan laluan yang dinantikan oleh semua orang ini dan menjadi satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Busan, sebuah bandar yang penuh dengan keunikan. Tumpuan AirAsia X sentiasa adalah untuk menjadikan perjalanan jarak jauh lebih mudah diakses dan penyambungan semula laluan ini membuktikan pendekatan yang lebih berbaloi dalam mengembangkan rangkaian penerbangan, di samping membolehkan lebih ramai pengembara menikmati pengalaman dan pengembaraan baharu.”

“Dengan laluan sedia ke Seoul, Busan kini terus mengukuhkan kehadiran kami di Korea Selatan ketika kami terus berkembang di seluruh Asia Utara yang kekal sebagai wilayah pertumbuhan terkuat kami. Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran pengembara dari Busan ke Malaysia dan ianya adalah masa yang tepat sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.”

Bagi meraikan penyambungan semula salah satu destinasi paling popular ini, AAX kini menawarkan tambang promosi antara Kuala Lumpur dan Busan bermula daripada RM299 termasuk semua sehala* bagi kelas ekonomi atau RM999 termasuk semua sehala* untuk Premium Flatbed yang telah meraih beberapa anugerah sebelum ini, bermula hari ini sehingga 18 Januari 2026 bagi  tempoh perjalanan antara 17 Jun hingga 30 November 2026.

Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul adalah destinasi pesisir pantai yang meriah dan terkenal dengan pantai yang bersih, pergunungan yang indah serta warisan budaya yang kaya. Pasar Ikan Jagalchi yang terkenal dan perkampungan berwarna-warni di lereng bukit hingga juadah makanan yang berkembang pesat serta Busan International Film Festival yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, bandar ini menawarkan pelbagai pengalaman untuk setiap  pengembara

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Busan (PUS): 

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja serta caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.