AirAsia X rai 18 tahun perjalanan bernilai hebat untuk para tetamu dengan jualan ulang tahun istimewa
SEPANG, 27 Oktober 2025 – AirAsia X (AAX) akan meraikan ulang tahun ke-18 yang bakal tiba dengan jualan ulang tahun istimewa, menawarkan para pengembara peluang untuk menerokai destinasi menarik pada tambang yang tiada tandingan. Sejak penubuhannya pada tahun 2007, AAX telah mengubah landskap perjalanan dengan menghubungkan lebih daripada 50 juta tetamu merentasi 21 destinasi jarak sederhana merentasi Asia, Australia, Timur Tengah, Eropah dan seterusnya.
Mulai hari ini hingga hari ulang tahun AAX pada 2 November 2025, tambang bagi semua laluan syarikat penerbangan ini ditawarkan bermula daripada RM338* untuk perjalanan sehingga 30 November 2026* melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE. Terbang dengan tambang berpatutan ke destinasi seperti Taipei, Beijing, Sydney, Tokyo, Seoul, Almaty serta destinasi terbaharu AAX iaitu Tashkent dan Istanbul, sambil menikmati diskaun tambahan sebanyak 18 peratus** untuk tempahan Value Pack yang merangkumi hidangan, insurans perjalanan, pemilihan tempat duduk dan banyak lagi.
Selari dengan strategi pertumbuhannya, AAX telah berjaya melancarkan beberapa laluan baharu dalam tempoh dua tahun yang lalu, termasuk ke Almaty, Kazakhstan yang menandakan penerbangan pertamanya ke Asia Tengah, diikuti dengan Tashkent, Uzbekistan dan Istanbul, Türkiye. AAX terus fokus kepada penerokaan laluan baharu dan meningkatkan kesalinghubungan berdasarkan permintaan serta potensi pasaran, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam penerbangan jarak sederhana tambang rendah.
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja dan termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempoh tempahan adalah bermula hari ini hingga 2 November 2025, untuk tempoh perjalanan mulai hari ini hingga 30 November 2026 dan antara 14 November 2025 hingga 30 November 2026 bagi destinasi Istanbul.
**Sah hanya untuk pembelian semasa tempoh penerbangan awal melalui AirAsia MOVE, tertakluk kepada ketersediaan. Hanya tersedia untuk penerbangan dengan kod AK, D7 dan QZ. Tertakluk kepada terma dan syarat.