AirAsia X sambung semula laluan antara Kuala Lumpur dan Chongqing, salah satu bandar terbesar di dunia

SEPANG, 5 Ogos 2024 - AirAsia X (AAX) meneruskan pemulihan kukuh dengan penyambungan semula perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Chongqing hari ini sejak penerbangan pertamanya ke bandar tersebut pada tahun 2015.

AirAsia X (kod penerbangan D7) akan mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Chongqing bermula 15 Oktober 2024. Dengan penambahan laluan Chongqing, syarikat penerbangan ini akan terbang ke sembilan destinasi di China, termasuk Changsha, Xi’an, Chengdu (Tianfu) dan destinasi yang lain dengan jumlah keseluruhan 53 penerbangan mingguan.

Bagi meraikan penyambungan semula perkhidmatan ini, AAX menawarkan tambang promosi istimewa untuk penerbangan ke Chongqing bermula daripada RM339 termasuk semua* sehala. Tambang promosi ini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini sehingga 11 Ogos 2024 untuk tempoh perjalanan antara 15 Oktober 2024 hingga 28 Mac 2025. Semua rakyat Malaysia layak untuk kemasukan tanpa visa bagi tujuan pelancongan ke China selama 15 hari sehingga akhir tahun 2025, manakala warganegara China boleh menikmati perjalanan tanpa visa ke Malaysia selama 30 hari sehingga 31 Disember 2026.

Chongqing merupakan sebuah perbandaran terbesar di dunia dengan populasi hampir 32 juta orang. Ia juga dikenali sebagai "Bandar Gunung," yang dibina di kawasan pergunungan dan dinamakan "Bandar Kabus" kerana ia dikelilingi oleh lapisan kabus nipis. Pengembara yang ingin menikmati pemandangan menakjubkan boleh mengunjungi Sungai Yangtze dan Sungai Jialing; Stesen Metro Liziba yang unik, di mana kereta api melintasi bangunan flat moden dan menikmati hidangan Chongqing Hot Pot yang pedas.

Jadual Penerbangan** antara Kuala Lumpur (KUL) dan Chongqing (CKG):

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk laman web rasmi untuk maklumat terkini.