AirAsia X terus terbang tinggi dengan pelancaran laluan baharu ke Istanbul

SEPANG, 12 Ogos 2025 – AirAsia X (AAX) terus terbang tinggi dengan pelancaran laluan baharu yang dinanti-nantikan ke Istanbul, Türkiye. Perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Istanbul ini akan bermula pada 14 November 2025 dengan empat penerbangan mingguan sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam pengembangan rangkaian global AAX.

Pelancaran strategik ini menandakan kemasukan AAX ke Eropah yang telah lama dinantikan dan membuka pintu masuk penting untuk menghubungkan Asia Tenggara ke Eropah melalui salah satu destinasi yang kaya dengan sejarah dan keunikan dari segi geografi di dunia. Terletak di antara dua benua yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus, Istanbul menawarkan peluang unik kepada para pengembara untuk merasai pengalaman terbaik dari dua dunia berbeza.

Syarikat penerbangan ini akan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen (SAW) di Istanbul yang merupakan hab utama yang menawarkan sambungan ke lebih 117 destinasi antarabangsa dan 40 destinasi domestik. Ini menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan seterusnya kepada tetamu dari Asia Tenggara, di samping membolehkan para pengembara dari Istanbul dan destinasi lain menikmati akses mudah ke rangkaian 130 destinasi AirAsia dengan lebih nilai.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata: “Istanbul merupakan destinasi impian bagi para ramai tetamu kami dan pelancaran ini menandakan satu lagi detik membanggakan dalam perjalanan kami untuk kembali terbang lebih tinggi. Selepas kejayaan pengembangan terbaru ke Asia Tengah, laluan yang telah lama dinantikan ini membawa kami selangkah lebih dekat untuk menawarkan sambungan perjalanan yang lebih jauh merentasi benua. Sebagai satu-satunya bandar di dunia yang terletak di dua benua, Istanbul merealisasikan visi kami untuk menghubungkan Asia dan destinasi lain melalui perjalanan berpatutan jarak sederhana. Ini adalah keputusan strategik yang memperkukuh rangkaian kami, menawarkan lebih banyak laluan untuk kerjasama perniagaan, serta memperluas akses kepada pengalaman baharu bagi para pengembara di seluruh dunia.

“Laluan baharu ini juga membuka peluang kepada pakej Umrah Plus Istanbul ditawarkan oleh ikhlas.com yang merupakan anak syarikat gaya hidup Islamik di bawah Capital A, memberikan peluang kepada tetamu Muslim kami untuk menggabungkan perjalanan mereka dengan lawatan ke salah satu bandar paling ikonik di dunia. Dari Istanbul, para tetamu kami boleh menikmati perjalanan dengan mudah ke pelbagai destinasi di seluruh Asia termasuk Indonesia, Australia, Singapura, China, Thailand dan banyak lagi melalui perkhidmatan Fly-Thru tanpa perlu mendaftar masuk bagasi semula. Para pengembara dari Eropah dan destinasi lain kini boleh menikmati keindahan Asia Tenggara dengan mudah melalui rangkaian luas kami.”

Tuan Yang Terutama Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia, berkata: “Laluan baharu antara Kuala Lumpur dan Istanbul ini merupakan satu langkah nyata dalam memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan Türkiye. Ia bukan sahaja akan meningkatkan aliran pelancongan, malah memperluaskan hubungan perniagaan, memupuk kerjasama industri, serta membuka laluan baharu dalam bidang pendidikan, inovasi dan hubungan rakyat. Dengan mempertingkatkan kesalinghubungan udara, kita membawa kedua-dua rantau ini lebih dekat dengan cara yang memberi manfaat kepada pengembara, komuniti dan ekonomi secara keseluruhannya.”

Bagi meraikan pelancaran laluan ini, AAX menawarkan tambang promosi  terhad bermula daripada RM499 sehala termasuk semua* sehala dan daripada RM3,999 termasuk semua* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed. Tempahan penerbangan kini boleh dibuat mulai hari ini sehingga 20 Ogos 2025 untuk tempoh perjalanan antara 14 November 2025 dan 14 September 2026, melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

Para tetamu juga boleh menikmati promosi eksklusif sehingga 45 peratus diskaun untuk bagasi daftar masuk apabila menempah penerbangan ini.

Sebagai bandar terbesar dan pusat ekonomi utama Türkiye, Istanbul merupakan destinasi yang menarik dan menawarkan pengembaraan hebat kepada semua. Dari mercu tanda ikonik seperti Masjid Biru, Hagia Sophia dan Istana Topkapi, kepada Bazaar Besar yang meriah serta Pasar Rempah, bandar ini merupakan khazanah sejarah dan kehidupan tempatan yang penuh warna.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur [KUL] dan Istanbul (Sabiha) [SAW]:

*Tambang promosi termasuk semua ini adalah untuk perjalanan sehala sahaja dan terhad untuk mereka yang menempah dahulu. Tambang ini termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, caj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Tambang promosi lain akan bermula daripada RM799 termasuk semua sehala.

**Sah hanya untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal melalui aplikasi AirAsia MOVE, tertakluk kepada ketersediaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain .