AirAsia.com dan Agoda umum kerjasama strategik pacu permintaan perjalanan di Asia Tenggara dan tawaran dalam aplikasi AirAsia
KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2020 - AirAsia.com, platform e-dagang perjalanan dan gaya hidup ASEAN, dan Agoda, platform perjalanan digital terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk memacu permintaan perjalanan di Asia Tenggara dan memperkukuh tawaran dalam aplikasi AirAsia.
Kerjasama antara kedua-dua penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian utama di rantau ini dapat memanfaatkan kekuatan platform digital masing-masing melalui perkongsian inventori penerbangan dan hotel untuk menawarkan akses kepada pelbagai tawaran produk, lebih kemudahan dan lebih nilai kepada para pelancong.
Inisiatif daripada kerjasama tersebut merangkumi pakej perjalanan, keistimewaan keahlian dan juga pemasaran produk bersama. Para pelanggan AirAsia.com kini dapat menikmati lebih banyak pilihan penginapan daripada Agoda melebihi 600,000 dengan tempahan melalui SNAP, yang menawarkan pakej penerbangan dan hotel dengan nilai terbaik.
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “Saya berbesar hati kerana dapat mengumumkan kerjasama dengan Agoda, yang merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh kumpulan kami untuk meningkatkan permintaan perjalanan sementara kami menjangka pembukaan semula sempadan di Asia Tenggara dalam masa dekat. Para tetamu kami kini dapat menikmati pengalaman pengguna yang lebih lancar di laman AirAsia.com untuk menempah penerbangan dan hotel mereka melalui SNAP, yang merupakan cara baharu untuk melancong dengan nilai yang tidak dapat ditandingi. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberi lebih kemudahan, pilihan dan nilai kepada tetamu kami, terutamanya dalam situasi pasca-COVID ini. Situasi ini juga memberikan peluang kepada kami untuk bekerjasama secara inovatif dengan rakan strategik seperti Agoda, untuk menawarkan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup lebih baik kepada para tetamu. Selain itu, kami juga akan meningkatkan kerjasama strategik dengan pemain industri dan akan mengumumkannya pada masa hadapan.”
John Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda berkata, “Kami mementingkan inovasi dalam aspek kerjasama, teknologi, cara tempahan dibuat dan pengalaman perjalanan. Kami melihat permintaan perjalanan terus meningkat, dan kerjasama kami dengan AirAsia akan memberikan tawaran lebih nilai dan lebih mudah kepada para pelancong untuk melancarkan perjalanan mereka. Selain itu, kerjasama antara kedua-dua jenama pelancongan terkenal di Asia Tenggara ini dijangka akan memberi impak lebih luas, seterusnya memberi keyakinan kepada penyedia penginapan, penyedia hospitaliti dan pemain industri penerbangan yang berkaitan. Justeru, kerjasama secara inovatif amat penting untuk kita bersama-sama mencari penyelesaian dan memacu permintaan perjalanan dan membantu industri pelancongan secara menyeluruh.”.
***
Mengenai Agoda
From its beginnings as an e-commerce start-up based in Singapore in 2005, digital travel platform Agoda has grown to offer a global network of over 2.5 million properties in more than 200 countries and territories worldwide, offering travelers easy access to a wide choice of luxury and budget hotels, apartments, homes and villas, to suit all budgets and travel occasions. In 2019, Agoda added a flight product and packages to help make travel even easier.
Headquartered in Singapore, Agoda is part of Booking Holdings (Nasdaq: BKNG) and employs more than 4,000 staff in 30 countries. Agoda.com and the Agoda mobile app are available in 39 languages.
Mengenai AirAsia.com
AirAsia.com is ASEAN's fastest growing super app offering consumers travel and lifestyle products on a single platform. AirAsia.com leverages its digital ecosystem of 75 million users and over 15 product lines across travel, lifestyle, e-commerce and content to offer its consumers a personalised and seamless experience, powered by data and technology, so that now everyone can enjoy more than flights on AirAsia.com.