BigPay dipilih untuk program eBelia dan pengguna boleh menuntut kredit RM150 mulai 1 Jun
Inisiatif daripada Kementerian Kewangan ini bertujuan untuk membantu belia dan menggalakkan perbelanjaan tempatan untuk memulakan pemulihan pasca Covid - dan sebagai jenama tempatan, BigPay adalah pilihan terbaik
KUALA LUMPUR, 21 Mei 2021 - BigPay telah dipilih oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu saluran rasmi untuk tuntutan kredit bagi inisiatif eBelia.
Mulai 1 Jun, warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar boleh menuntut RM150 terus daripada aplikasi BigPay.
Menjelang pelancaran rasmi, para pengguna digalakkan untuk mendaftar akaun BigPay yang mudah dan mendapatkan kad mereka secepat mungkin supaya mereka dapat menuntut RM150 mulai 1 Jun. Pengguna baharu juga dapat menikmati bonus RM20 percuma semasa pendaftaran menggunakan kod promosi: PCEBELIABP
“Kami berbesar hati untuk menjadi salah satu saluran terpilih oleh kerajaan bagi inisiatif eBelia ini. Program ini akan mendorong belia di Malaysia untuk menyokong perniagaan tempatan dan berbelanja secara digital - seterusnya mendorong belia ke arah kebebasan kewangan selari dengan misi utama kami,” kata Salim Dhanani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay.
“Generasi Z mencari pengalaman yang lebih intuitif berkaitan dengan keperluan kewangan mereka - yang diintegrasikan dengan teknologi yang telus dan diperibadikan. Mereka juga ingin menabung dan merancang masa depan hanya di hujung jari. Ciri-ciri aplikasi BigPay - daripada penjejakan perbelanjaan bersepadu, pecahan bil hingga insurans mikro - membolehkan pengguna mengawal kewangan mereka dan memupuk pengurusan kewangan yang lebih baik.”
Kad BigPay juga boleh digunakan di lebih dari 800,000 lokasi di Malaysia, sama ada di luar talian secara fizikal atau dalam talian melalui e-dagang. Pendaftarannya juga amat mudah dan semuanya dilakukan secara digital melalui aplikasi BigPay dengan teknologi eKYC (Know-Your-Customer) untuk mengakses semua ciri-ciri yang tersedia.
Selain kredit bernilai RM150 dan kod promosi istimewa yang dinyatakan, BigPay juga bakal memberikan pelbagai tawaran menarik kepada para pengguna eBelia. Nantikan butiran lanjut pada 1 Jun.
Untuk maklumat lanjut layari www.bigpayme.com/ebelia
Untuk memuat turun aplikasi di telefon bimbit anda, klik https://bigpay.app.link/DQXxuF70ogb