AirAsia diiktiraf atas inovasi terkemuka industri di FTE Airline Transformation Power List Asia-Pasific 2022

Keterangan Gambar: Colin Currie, Presiden (Komersial) Capital A, menerima anugerah Pencapaian Cemerlang FTE Airline Transformation Power List Asia-Pacific 2022 di FTE APEX Asia Expo di Singapura

KUALA LUMPUR, 10 November 2022 - AirAsia telah menerima anugerah Pencapaian Cemerlang di FTE Airline Transformation Power-List Asia Pacific 2022 di atas inisiatifnya inovasi sebagai usaha ke arah pemulihan berikutan kesan pandemik COVID-19 terhadap syarikatnya.

Platform perjalanan dan gaya hidup yang berkembang pesat yang juga memiliki sebuah syarikat penerbangan itu telah sekali lagi diiktiraf kerana mempercepatkan transformasi digitalnya dengan pantas, daripada hanya menjadi sebuah syarikat penerbangan utama kepada sebuah syarikat digital semua-dalam-satu dengan hampir 20 produk perjalanan dan gaya hidup serta perkhidmatan yang mewujudkan "cara hidup airasia".

Anugerah yang telah disampaikan di FTE APEX Asia Expo di Singapura, mengiktiraf AirAsia daripada kumpulan 10 finalis yang terdiri daripada syarikat penerbangan dari seluruh dunia, termasuk Singapore Airlines, Cathay Pacific dan Korean Air.

Colin Currie, Presiden (Commercial) Capital A berkata, “Kami berbesar hati di atas pengiktirafan ini kerana ia mengukuhkan lagi sokongan terhadap syarikat kami yang berpangsikan platform perjalanan dan gaya hidup sehenti. Dengan dunia telah beralih ke fasa endemik, kami kini lebih prihatin terutamanya dalam memastikan pengalaman pelanggan kami akan terus menjadi lebih selamat, bersih, tanpa sentuhan dan lancar berbanding sebelum ini dengan meningkatkan keupayaan digital kami yang mengurangkan kos dan meningkatkan lagi perjalanan pelanggan. Pada masa yang sama, kami secara unik akan menyokong produk lain yang kami hasilkan semasa waktu henti dalam penerbangan iaitu airasia Super App, syarikat teknologi kewangan BigPay dan Teleport, perniagaan logistik kami.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana telah menyokong kami, terutamanya kepada para tetamu kami dan Allstars (kakitangan AirAsia) yang telah menjadi teladan dalam mempamerkan semangat yang tidak berbelah bahagi sepanjang mengharungi masa sukar ini. Kami akan mengambil ini sebagai peluang untuk kami meletakkan komitmen yang lebih kukuh dalam menjadi jenama yang paling komunikatif, proaktif dan boleh bertanggungjawab kepada pelanggan kami, di samping perkhidmatan yang lebih luar biasa dan diperibadikan yang didorong oleh data besar dan inovasi digital.”

Daniel Coleman, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Future Travel Experience, mengulas, “Colin jelas merupakan inspirasi semenjak beliau menyertai Capital A dan panel penilai kami memilihnya serta-merta untuk pengiktirafan 'Pencapaian Cemerlang' dalam FTE Airline Transformation Power List Asia-Pacific 2022. Setakat ini, tiada lagi kumpulan syarikat penerbangan lain yang telah menggunakan masa henti akibat pandemik ini dengan lebih baik untuk mempercepatkan usaha transformasi digital, tetapi berpangsikan daripada menjadi hanya sebuah syarikat penerbangan utama kepada syarikat digital semua-dalam-satu dengan hampir 20 produk dan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup adalah benar-benar unik dan usaha industri yang cemerlang, yang saya pasti akan memberi inspirasi kepada ramai orang lain di seluruh sektor tentang cara mereka membawa perniagaan mereka ke hadapan.”

FTE APEX Asia Expo 2022 ialah ekspo pengalaman penumpang dan prestasi perniagaan percuma terbesar di Asia. Ia menyediakan platform yang tiada tandingan untuk penyelesaian dan penyedia perkhidmatan yang paling inovatif dalam industri dari seluruh Asia Pasifik dan lebih jauh untuk memasarkan produk dan konsep terkini mereka yang direka untuk membantu syarikat penerbangan dan lapangan terbang meningkatkan pengalaman pelanggan hujung ke hujung, mengurangkan kos, meningkatkan pendapatan dan meningkatkan kemampanan & kecekapan operasi.

***TAMAT***

About Capital A

Capital A (formerly known as AirAsia Group) is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology, including airasia Super App, fintech BigPay and Teleport as a logistic hub in ASEAN. Capital A’s vision is to create and deliver products and services that focus on offering the best value at the lowest cost, underpinned by robust data accumulated over 20 years in operation and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.