AirAsia tawar nilai hebat sempena pembukaan Laluan Perjalanan Bervaksin antara Malaysia dan Singapura
KUALA LUMPUR, 20 November 2021 - AirAsia menyatakan sokongan penuh terhadap pengumuman oleh kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) antara kedua-dua buah negara dan sekaligus menyambung semula perkhidmatan udara di salah satu laluan penerbangan paling sibuk di dunia. AirAsia akan menyambung semula penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November 2021.
Sebagai permulaan, AirAsia akan mengendalikan sebanyak tujuh penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Singapura. Laluan ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dan kekerapan penerbangan akan ditambah sejajar dengan peningkatan permintaan perjalanan sempena pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa.
AirAsia akan mengendalikan penerbangan VTL seperti berikut:
Para tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Singapura daripada hanya RM85 sehala untuk perjalanan antara 29 November 2021 dan 26 Mac 2022 dengan menekan ikon 'Flights' pada airasia Super App. Nikmati juga tawaran kombo penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan menekan ikon 'SNAP' pada Super App dengan diskaun sehingga 30%. Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menekan ikon ‘Hotels’ untuk menikmati diskaun tambahan 10% dengan kod promosi AAHOTEL10. Selain itu, tempah perjalanan pergi balik ke/dari lapangan terbang daripada hanya RM55 menggunakan airasia ride, dengan menekan ikon 'Ride' pada airasia Super App.
Para tetamu dari Malaysia yang telah divaksinasi sepenuhnya yang ingin melancong ke Singapura diingatkan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Singapura sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Penyambungan semula perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura menandakan kemajuan besar dalam sektor perjalanan antarabangsa di rantau ini, berikutan sambutan yang menggalakkan untuk tempahan penerbangan ke Thailand dan Phuket dengan peningkatan kekerapan sebanyak 17 kali sejak ia diumumkan. Ini menunjukkan peningkatan permintaan untuk perjalanan antarabangsa, dan AirAsia bersedia untuk mengalu-alukan para tetamu dengan pelaksanaan protokol perjalanan yang ketat demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan. Semua penerbangan kami dikendalikan kakitangan yang telah divaksin sepenuhnya dan mereka akan terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia.”
AirAsia amat bangga menyokong initiatif oleh kerajaan Malaysia dan Singapura ini, dan kami berharap dapat meningkatkan lebih banyak penerbangan ke sana.”
John Gregory Conceicao, Pengarah Eksekutif, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Singapura berkata, “Skim VTL ini merupakan kejayaan penting dalam penyambungan semula perjalanan antara Singapura dan Malaysia secara beransur-ansur. Singapura bersedia untuk mengalu-alukan pelancong Malaysia ke bandar tersebut melalui rakan kongsi utama seperti AirAsia. Para pelancong boleh menantikan standard perjalanan baharu yang disesuaikan dengan keperluan mereka yang berubah-ubah dan pengalaman pelancongan baharu dengan tawaran lebih segar dan inovatif. Apabila anda sudah bersedia, nikmatilah pengalaman perjalanan baharu di Singapura.”
AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 18 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital.
Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 18 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.
Untuk syarat-syarat perjalanan di bawah VTL ke Singapura sila rujuk di sini.
Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.