AirAsia perkukuh rangkaian dari Kota Kinabalu dengan laluan baharu ke Kaohsiung

SEPANG, 5 September 2024 - AirAsia terus memperkukuh rangkaian dari hab kedua terbesarnya di Malaysia iaitu Kota Kinabalu ke Kaohsiung dengan empat penerbangan mingguan bermula 17 November 2024.

Kaohsiung menandakan destinasi antarabangsa ke-15 yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (AK) dari hab Kota Kinabalu. Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan ini, AirAsia akan menyumbang sebanyak 105 penerbangan mingguan dari Kota Kinabalu ke pelbagai destinasi di Asean dan destinasi lain menjelang bulan Disember 2024.

Laluan unik ini adalah susulan permintaan pelancongan yang positif antara Kuala Lumpur dan Kaohsiung dengan lebih daripada 80,000 tetamu telah diterbangkan antara kedua-dua bandar ini sejak bulan November 2022.

Bagi meraikan pelancaran laluan ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kaohsiung bermula daripada RM269 termasuk semua* sehala. Tambang promosi kini boleh ditempah mulai hari ini hingga 15 September 2024 secara eksklusif di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com untuk perjalanan antara 17 November 2024 hingga 28 Mac 2025.

Kaohsiung adalah sebuah bandar yang terkenal dengan seni dan budaya unik. Kaohsiung menawarkan lokasi pelancongan terbaik seperti The Pier-2 Art Center - yang menawarkan seni di ruang awam atau Muzium Seni Halus Kaohsiung, yang menampilkan hasil karya artis Taiwan, arca, seni digital dan banyak lagi. Untuk pemandangan yang menakjubkan, kunjungi Lianchihtan, di mana pengembara berpeluang merasai keindahannya. Bagi yang menggemari alam semula jadi daripada hasil seni, lawati "Pulau Jeju Kecil" di Kaohsiung iaitu Pantai Cijin untuk pemandangan laut yang mempesonakan. Dari Kaohsiung, para pengembara juga boleh mengunjungi Taipei dengan menggunakan Kereta Api Berkelajuan Tinggi dalam masa satu jam 30 minit.

Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Kaohsiung (KHH):

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.