AirAsia terus jadi pilihan utama dalam kategori pelancongan
AirAsia raih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021
KUALA LUMPUR, 22 Januari 2022 - AirAsia terus menjadi pilihan utama dalam kategori pelancongan dengan meraih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021 dalam kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan.
Ketua Pegawai Jenama airasia Group Rudy Khaw berkata, “Dua tahun lalu merupakan tahun yang amat mencabar bagi industri pelancongan dan penerbangan. Berikutan sekatan perjalanan yang terus dilaksanakan pada tahun lepas, kami terpaksa mencari cara baharu dan menarik untuk mengekalkan jenama kami di hati para tetamu. Pelbagai tawaran yang telah diperkenalkan dan dinaik taraf sepanjang tahun 2021 menjadikan kami kekal relevan dan memastikan para pelanggan terus setia.
“Dalam memasuki fasa endemik sebagai kumpulan perkhidmatan digital, rangkaian luas produk dan perkhidmatan kami akan terus meningkatkan dan mengesahkan kehadiran kami di dalam pasaran di pelbagai industri. Tiada jenama lain di Asean yang menawarkan perkhidmatan seumpama kami dan dengan akses kepada lebih 700 juta pengguna di Asia Tenggara, kami meramalkan potensi pertumbuhan yang besar untuk menerajui kepimpinan jenama dalam semua produk dan perkhidmatan kami.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi kami dan kami berbesar hati kerana jenama airasia terus menjadi pilihan. Anugerah ini ditujukan kepada semua orang yang terus mempercayai jenama kami, dan kepada semua Allstars yang terus membina jenama airasia sebagai sebuah jenama terkemuka.”
Anugerah Putra Brand Awards adalah inisiatif oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa pilihan rakyat Malaysia. Ia adalah satu-satunya anugerah yang dipilih oleh para pengguna.
Anugerah tersebut telah menerima lebih 11,000 maklum balas daripada pengguna di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam tinjauan keutamaan pengguna untuk menentukan jenama kegemaran mereka dalam 24 kategori produk dan perkhidmatan berbeza.