Nikmati pengalaman tanpa had dengan SUPER+ terbaharu oleh airasia Super App

Keterangan Gambar: Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes, Presiden Digital & Komersial Capital A, Colin Currie dan Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo bersama pelanggan yang kerap menggunakan pelan langganan SUPER+ yang sebelum ini di majlis pelancaran SUPER+ yang terbaharu di Kuala Lumpur.

  • SUPER+ kini tersedia untuk pembelian di seluruh dunia buat pertama kali dengan tempat duduk percuma tanpa had ke lebih 130 destinasi

  • Tawaran terbaharu termasuk diskaun tanpa had untuk hotel dan airasia ride, berikan pengalaman perjalanan lengkap untuk setiap pelanggan

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2022 - Produk langganan penerbangan serta tawaran gaya hidup pertama di dunia, SUPER+ oleh airasia Super App kini tersedia untuk pembelian di seluruh dunia, dengan versi yang dipertingkatkan yang akan membolehkan para pelanggan untuk terbang ke destinasi yang lebih jauh serta menikmati lebih banyak tawaran menarik merentasi keseluruhan ekosistem airasia.

Sehingga kini, lebih 100,000 pelanggan SUPER+ telah menebus lebih 500,000 tempat duduk penerbangan seluruh Asean, dengan penebusan tertinggi sebanyak 100 tempat duduk dalam tempoh 12 bulan.

Bagi memenuhi keperluan dan permintaan para pengembara yang berbeza, produk SUPER+ baharu ini akan berikan dua pilihan kepada pelanggan dengan pelbagai pilihan destinasi. Pelanggan boleh memilih SUPER+ Lite yang meliputi destinasi Asean, manakala SUPER+ Premium menyediakan akses ke semua negara di mana kumpulan syarikat penerbangan AirAsia beroperasi termasuk Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, India, Maldives, Hong Kong, Taiwan dan Arab Saudi. Kedua-dua pilihan ini adalah termasuk diskaun 10% tanpa had untuk airasia ride dan diskaun 5% tanpa had untuk semua hotel di airasia Super App. 

Nikmati pengalaman tanpa had sekarang kerana hanya 200,000 pelan langganan SUPER+ tersedia untuk dibeli dan boleh didapati mulai hari ini sehingga jam 11.59PM (GMT+8) pada 11 Disember 2022. Hanya klik pada ikon SUPER+ pada aplikasi airasia Super App untuk membuat pembelian atau lawati https://app.airasia.com/F4uy/asdjenl4

Pelan langganan SUPER+ baharu berharga daripada:

  • RM888 di Malaysia

  • THB6,999 di Thailand

  • PHP11,000 di Filipina

  • IDR4 mil di Indonesia

  • AUD309 di Australia

  • KRW268,888 di Korea Selatan

  • SGD269 di Singapura

  • USD199 untuk negara lain

Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan SUPER+, klik di sini. Semua harga di atas adalah termasuk cukai.

Pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan mereka untuk setahun* mulai dari tarikh langganan (5 Disember 2022 - 5 Disember 2023) dan lakukan perjalanan mulai 1 Januari 2023.

Mengulas mengenai rangkaian SUPER+ baharu, Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Kami telah berusaha untuk menyediakan syarikat kami untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap pengembaraan, dan kami teruja dengan pembukaan semula pasaran pelancongan seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan banyak lagi yang akan datang dalam masa terdekat. Langganan SUPER+ merakam keindahan ekosistem platform airasia Super App kami, yang menghimpunkan semua syarikat penerbangan, produk serta perkhidmatan pelancongan kami seperti hotel, bersama dengan tawaran e-dagang kami seperti airasia ride, yang turut disertakan sebagai faedah SUPER+. Ini adalah satu lagi produk yang menyerlahkan DNA kami iaitu untuk mencipta nilai untuk para pelanggan kami, dan kami akan terus memperjuangkan ini dalam semua produk dan perkhidmatan baharu yang akan kami perkenalkan pada masa hadapan.”

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, berkata, “Buat pertama kalinya, kami membuka SUPER+ baharu ini untuk pembelian di seluruh dunia, tidak kira anda berada di Amerika Syarikat, Eropah atau di negara-negara lain. Bagi pengembara dari Barat, produk SUPER+ ini adalah langganan penerbangan dan gaya hidup terbaik untuk mereka memaksimumkan sepenuhnya dan memperoleh nilai terbaik untuk menikmati semula keindahan Asia. Sejak pelancaran awal pada Mac tahun ini, kami mempunyai lebih 100,000 pelanggan di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina dengan lebih setengah juta penerbangan yang telah ditebus. Kami teruja untuk menjadi satu-satunya platform aplikasi super dalam pasaran untuk membawa produk seperti SUPER+ ke dunia dan untuk membolehkan lebih ramai lagi menikmati cara hidup airasia dengan langganan ini.”

Ketika ditanya tentang cara dia menggunakan langganan SUPER+, Nathanon Tanmalaporn dari Thailand berkata, “Saya sudah menempah 109 penerbangan ke destinasi antarabangsa dan domestik dengan SUPER+. Ia memudahkan saya untuk terbang ke mana sahaja. Perhentian seterusnya: Australia & New Zealand!”

Menambahkan keterujaan mendapat langganan SUPER+ untuk keluarganya, Joseph Chai dari Malaysia berkata, “Saya telah melawat Manila dengan SUPER+ dan terbang lebih 100 kali di dalam negara. Saya sangat mengesyorkan ini kepada mereka yang kerap beriadah dan mengembara untuk perniagaan.”

Bagaimana untuk menebus langganan SUPER+ anda?

Penerbangan yang ditebus melalui SUPER+ tertakluk pada cukai kerajaan, yuran, alat tambah dan caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas dan tertakluk pada tempoh embargo serta terma dan syarat lain. Ketersediaan tempat duduk percuma bergantung kepada bekalan dan permintaan pada laluan tertentu.

Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini.

Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery

Tertakluk kepada terma dan syarat. Baca Soalan Lazim untuk mengetahui lebih lanjut.

*Tempoh Embargo dikenakan

** Tempat duduk tersedia untuk Penerbangan Tanpa Had bergantung kepada bekalan dan permintaan pada laluan tertentu

*** TAMAT ***