Capital A Berhad tandatangan Surat Hasrat gabung perniagaan bersama syarikat tersenarai bursa saham NASDAQ, Aetherium Acquisition Corp

  • Buka ruang untuk penyenaraian awam di Amerika Syarikat bagi aset-aset tertentu Capital A

  • Tawar pelabur global akses kepada pertumbuhan Asia Tenggara, memanfaatkan salah satu jenama yang paling dinamik dan dikenali di rantau ini

KUALA LUMPUR, 1 November 2023 - Capital A Berhad, syarikat pemegang pelaburan AirAsia, airasia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp), perniagaan logistik Teleport, dan kumpulan perkhidmatan penerbangan Capital A, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menandatangani sebuah Surat Hasrat bersama Aetherium Acquisition Corp (NASDAQ: GMFI), sebuah Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas ("SPAC") yang tersenarai di bursa saham Nasdaq, untuk penggabungan perniagaan yang dicadangkan bersama Capital A International, yang bakal ditubuhkan.

Kombinasi perniagaan yang dicadangkan ini akan menghasilkan penubuhan Capital A International, sebuah syarikat pembangunan pelaburan dan strategik baru yang memanfaatkan jenama "AirAsia" dan memanfaatkan keupayaan asas dalam bidang penerbangan, perjalanan dan hospitaliti, serta teknologi digital, menjadi syarikat tersenarai awam yang berdiri sendiri di Amerika Syarikat. Dengan kepentingan ekuiti 100% dalam AirAsia Brand, dan AirAsia Leasing, Capital A International bercadang untuk menghasilkan pendapatan daripada royalti jenama, penyewaan pesawat, dan yuran perkhidmatan perundingan dan pengurusan penerbangan. Selain itu, ia akan terlibat dalam pembelian taktikal, pembiakan, dan perkongsian untuk menyediakan platform kepada usahawan.

Penggabungan perniagaan yang dicadangkan akan berdasarkan nilai ekuiti yang disyorkan sebanyak Dolar Amerika ("USD") 1 bilion berdasarkan penilaian bebas terhadap AirAsia Brand.

Ketua Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, "Ini adalah era peralihan bagi Capital A yang telah berubah daripada sebuah syarikat penerbangan iaitu AirAsia, kini menjadi sebuah kumpulan perkhidmatan penerbangan dan perjalanan kos rendah yang berorientasikan nilai dalam lima entiti, di mana entiti pertama yang akan masuk ke pasaran awam adalah Capital A International. Kami sedang mengambil langkah awal untuk meneroka pasaran luar negara, iaitu ASEAN, dan menjelajah penyenaraian di pasaran teratas dari segi penjanaan modal. Kami yakin bahawa pendedahan kepada pasaran kewangan Amerika Syarikat serta penyenaraian Nasdaq akan membantu kami mempercepatkan penyampaian strategi kami di samping meningkatkan akses kepada modal, memperluaskan asas pemegang saham kami, dan meningkatkan profil kami di peringkat global.

"Kombinasi perniagaan yang dicadangkan bersama Aetherium ini adalah satu bukti terhadap peluang pertumbuhan pada masa hadapan. Rantau ASEAN telah muncul sebagai salah satu pusat ekonomi yang paling dinamik dan berkembang pesat di dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, terdapat peluang yang terhad bagi pelabur global untuk mengambil bahagian dalam kerancakan pasaran yang penting ini. Dengan memanfaatkan kekuatan dan jangkauan jenama AirAsia, Capital A International akan menawarkan peluang luar biasa untuk memanfaatkan potensi pelaburan rantau ini."

Jonathan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Aetherium Acquisition Corp berkata, "Ia merupakan sebuah penghormatan untuk bekerjasama dengan usahawan ternama seperti Tan Sri Tony Fernandes dalam membantu membawa Capital A International ke pasaran kewangan Amerika Syarikat. AirAsia telah memberi impak transformatif kepada kehidupan puluhan juta orang di seluruh Asia Tenggara, menjadikan perjalanan udara yang berpatutan menjadi kenyataan. Jenama AirAsia dikaitkan dengan inovasi, kemudahan, pengembaraan, dan nilai. Entiti baharu ini akan memberi peluang kepada para pelabur untuk memanfaatkan pertumbuhan rantau ASEAN dengan aset menguntungkan serta berkualiti tinggi dan pasukan pengurusan yang cemerlang. Kami berharap untuk memuktamadkan perjanjian gabungan perniagaan pada minggu-minggu akan datang.”

Di bawah terma Surat Hasrat ini, Capital A merancang untuk melucut hak keseluruhan saham yang dikeluarkan dan yang tertunggak bagi Capital A International. Surat Hasrat bersama Aetherium Acquisition Corp ini mencerminkan minat bersama dalam kerjasama berpotensi ini, tertakluk kepada kelulusan regulasi yang diperlukan dan syarat-syarat daripada Bursa Saham, Bank Negara Malaysia, dan pihak berkuasa yang berkaitan. Capital A kekal komited dalam mematuhi semua keperluan kawal selia dan optimis tentang faedah yang mungkin diperoleh daripada kombinasi perniagaan yang dicadangkan.

Pengumuman terperinci akan dibuat selepas perjanjian muktamad untuk Cadangan Gabungan Perniagaan ditandatangani.

***TAMAT***

About Capital A

Capital A (formerly known as AirAsia Group) is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology, including the world’s leading low-cost carrier AirAsia, an aviation services group, airasia Superapp and fintech BigPay as well as logistics venture Teleport. Capital A’s vision is to create and deliver products and services that focus on offering the best value at the lowest cost, underpinned by robust data accumulated over 20 years in operation and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved in ASEAN and beyond.

About Aetherium Acquisition Corp

Aetherium Acquisition Corp is a blank check company, also commonly referred to as a special purpose acquisition company, or SPAC, formed for the purpose of effecting a merger, capital stock exchange, asset acquisition, stock purchase, reorganization, or other similar business combination with one or more businesses. The Company’s efforts to identify a prospective target business will not be limited to a particular business, industry, sector, or geographical region.

Capital A Contacts

Investors

Joanna Ibrahim

joannaibrahim@airasia.com

Media

Maryanna Kim

maryannakim@airasia.com

US

Julia Fisher

Julia.Fisher@edelmansmithfield.com

Europe

John Kiely

John.Kiely@edelmansmithfield.com

Aetherium Acquisition Corp Contact

info@aetheriumcapital.com