Capital A terima anugerah selepas ubah suai laman web dan penjenamaan semula oleh IR Magazine

SEPANG, 8 Disember 2022 - Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) (“Capital A” atau “Kumpulan”) telah dianugerahkan “Laman Web IR Terbaik” di IR Magazine Forum & Awards South East Asia 2022 yang mengiktiraf usaha penjenamaan semula Kumpulan itu iaitu daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat pegangan pelaburan.

Capital A mengumumkan pertukaran nama untuk bekas syarikat pegangan pelaburan Kumpulan AirAsia awal tahun ini bagi mencerminkan strategi perniagaan teras baharu bagi Kumpulan tersebut sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup, yang telah pantas mengubah jenama AirAsia menjadi lebih daripada sekadar sebuah syarikat penerbangan.

Menerima anugerah itu bagi pihak Kumpulan, Azita Nazrene, Ketua Pegawai Strategi Capital A, berkata: “Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini kerana ia merupakan satu pengiktirafan atas masa dan usaha kami yang telah kami gunakan untuk memastikan transformasi jenama kami daripada AirAsia ke Capital A telah diwakili dengan baik dan disampaikan kepada semua pihak berkepentingan kami dalam komuniti pelaburan. Kami percaya pelabur, penganalisis dan pelawat lain ke laman web ini akan dapat mengetahui tentang usaha kami yang lalu, perjalanan semasa dan melihat gambaran masa depan untuk Capital A. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak IR Magazine kerana memotivasikan kami serta mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras lagi bagi meletakkan Capital A sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

“Dalam mereka bentuk semula laman web kami, kami menumpukan pada penceritaan bagaimana kami beralih daripada sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang mantap dan digemari ramai yang telah mendemokrasikan perjalanan udara di rantau ini, kepada sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan yang luas. termasuk penerbangan, perkhidmatan penerbangan, logistik, perjalanan, teknologi kewangan dan platform e-dagang untuk gaya hidup. Kami berharap dapat memberi penerangan tentang nilai yang kami ada untuk orang ramai, yang berada di tengah-tengah semua yang kami lakukan. Sekali lagi, terima kasih IR Magazine atas pengiktirafan ini.”

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A menambah: “Kami gembira menerima anugerah ini kerana ia menandakan era baharu yang menarik untuk syarikat penerbangan kami dan semua perniagaan portfolio yang lain di bawah Kumpulan Capital A ketika kami memasuki fasa pertumbuhan baharu yang ketara selepas lebih dua tahun pandemik melanda.

“Visi kami di Capital A adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang jelas, telus dan komunikatif untuk para pelabur kami, pengguna kami, kakitangan dan bakat baru yang bakal dicungkil oleh kamil, pihak media dan rakan kongsi untuk melibatkan diri dengan kami dan mengakses berita, sumber dan laporan kewangan syarikat yang terkini. Dari segi strategi, kami telah mula melihat rancangan kami berikutan penjenamaan semula Kumpulan untuk membuahkan hasil dan membawa kami lebih dekat kepada keadaan normal sebelum pandemik. Kami telah mencapai keuntungan EBITDA suku tahunan kedua berturut-turut sejak wabak suku lepas, semuanya disokong oleh setiap empat segmen perniagaan terbesar kami, iaitu Penerbangan, cabang kejuruteraan kami Asia Digital Engineering (ADE), perniagaan logistik Teleport dan perniagaan digital airasia Super App.

“Saya berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Allstars kami dalam menerbitkan laman web IR yang diiktiraf seluruh sektor yang berkenaan amalan terbaik dalam perhubungan pelabur. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendukung kami, iaitu para pelabur, pelanggan setia kami, Allstars yang berdedikasi dan rakan kongsi kami. Kami akan menggunakan peluang ini untuk terus berinovasi dan mentransformasikan syarikat kami untuk menjadi penyedia platform perjalanan dan gaya hidup terbaik di Asean dan seterusnya.”

Ketahui lebih lanjut tentang Capital A dan perniagaan portfolionya dengan melawati laman web di https://www.capitala.com/ 

IR Magazine Awards diiktiraf secara global sebagai ukuran prestasi cemerlang yang paling berprestij dan tepat dalam ruang perhubungan pelabur. Anugerah tersebut disampaikan kepada syarikat berdaftar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam aktiviti Perhubungan Pelabur di Asia Tenggara. Pemenang telah dinilai dan dipilih oleh panel profesional pelaburan dan editor IR Magazine.

***TAMAT***


About Capital A

Capital A (formerly known as AirAsia Group) is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology, including airasia Super App, fintech BigPay and Teleport as a logistic hub in ASEAN. Capital A’s vision is to create and deliver products and services that focus on offering the best value at the lowest cost, underpinned by robust data accumulated over 20 years in operation and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.