Flying High oleh Tony Fernandes kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia

Kenyataan Gambar: (Tiga dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes bersama Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub di majlis pelancaran buku 'Terbang Tinggi' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala …

Kenyataan Gambar: (Tiga dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes bersama Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub di majlis pelancaran buku 'Terbang Tinggi' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2019 - Kisah inspirasi salah seorang usahawan Asia paling berjaya, Flying High oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, dilancarkan dalam Bahasa Malaysia pada hari ini.

Diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf, autobiografi Terbang Tinggi telah dilancarkan di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mengisahkan tentang kesabaran dan ketekunan beliau, Terbang Tinggi mengetengahkan cita-cita dan impian Fernandes dalam memulakan syarikat penerbangan tambang rendah, mendemokrasikan perjalanan udara di rantau ini dan mengubah AirAsia menjadi sebuah syarikat berbilion dolar.

Tony Fernandes berkata, “Impian boleh menjadi realiti jika anda berani bermimpi. Saya berharap buku ini akan menggalakkan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk memburu impian mereka seperti saya.”

Terbang Tinggi boleh didapati pada harga RM35 di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan akan dijual di semua kedai buku utama di seluruh Malaysia bulan hadapan.

Pembaca yang membeli buku di pameran buku ini juga akan mendapat 500 mata ganjaran AirAsia BIG Points dan 500 mata ganjaran BIG Points tambahan apabila membayar dengan Kad Kredit AirAsia.

Flying High telah dilancarkan pada Oktober 2017 dan boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Korea, Jepun dan kini dalam Bahasa Malaysia.