Nasihat perjalanan penting ke Sabah dan Sarawak

SEPANG, 2 November 2021 - Dalam usaha AirAsia kembali memulakan penerbangan domestiknya ke Sabah dan Sarawak berikutan pengumuman kelonggaran syarat perjalanan ke kedua-dua negeri tersebut, AirAsia ingin mengingatkan para tetamu tentang sekatan dan keperluan perjalanan berikut yang masih terpakai:

Sarawak

  • Selain telah mendapat vaksinasi Covid-19 sepenuhnya, semua penumpang ke negeri ini termasuk rakyat Sarawak dikehendaki melengkapkan Borang Pengisytiharan e-Kesihatan. Borang ini hanya sah selama 12 jam sebelum ketibaan di Sarawak, jadi para tetamu dinasihatkan untuk mengisinya sebelum bertolak ke lapangan terbang pada tarikh perlepasan.

  • Untuk penumpang bukan warga Sarawak (warganegara Malaysia dan warganegara asing lain) mereka masih perlu memohon melalui EnterSarawak kecuali pegawai persekutuan yang berkhidmat di Sarawak, kakitangan sektor swasta, pasangan dan anak warga Sarawak, dan pemegang visa Malaysia My Second Home - Sarawak, yang perlu mengemukakan bukti dokumen mereka sebelum menaiki pesawat.

  • Semua penumpang yang memasuki Sarawak dari luar negara dikehendaki memohon melalui EnterSarawak, menjalani ujian RT-PCR 3 hari sebelum memasuki Malaysia dan menjalani kuarantin setibanya di Sarawak.

  • Klik di sini atau layari sarawakdisastermc.com untuk maklumat terkini mengenai syarat-syarat kemasukan ke Sarawak.

Sabah

  • Selain telah mendapat vaksinasi Covid-19 sepenuhnya, para tetamu yang terbang ke Sabah (termasuk warga Sabah) dikehendaki mengemukakan keputusan ujian RT-PCR atau RTK-Ag Covid-19 negatif yang sah selama 3 hari sebelum tarikh perlepasan, sebelum diterima menaiki pesawat. 

  • Penumpang yang berumur 12-18 tahun mestilah telah menerima sekurang-kurangnya satu daripada dua dos vaksin Covid-19, dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah divaksin sepenuhnya. 

  • Bagi warganegara asing, kemasukan bersyarat yang dibenarkan adalah pasangan atau tanggungan rakyat Sabah, pemastautin tetap Sabah, kakitangan perkhidmatan penting dan tanggungan mereka, pelabur pelawat di bawah undangan kerajaan negeri, pemegang visa Malaysia My Second Home - Sabah, dan pelajar institut pengajian tinggi yang memenuhi syarat.

  • Warganegara asing seperti diplomat dan ekspatriat termasuk tanggungan yang sedang bermastautin di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Pemegang MyPR bukan Sabah / Kad Permit Masuk / Endosmen Permit Masuk dalam Pasport dibenarkan masuk ke Sabah bagi tujuan lawatan sosial tanpa memerlukan Kelulusan Khas Masuk dengan mengemukakan pasport semasa pemeriksaan imigresen setibanya di Sabah.

  • Warganegara asing lain yang masih tidak dibenarkan masuk perlu memohon kepada Jabatan Ketua Menteri untuk pertimbangan bagi mendapatkan kelulusan khas. Layari hednp.sabah.gov.my untuk mendapatkan senarai sub-kategori yang dibenarkan untuk memohon kemasukan ke Sabah.

  • Untuk SOP perjalanan terkini dan lengkap ke Sabah, klik di sini.

Tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum berlepas

  • Berikutan pengumuman kelonggaran syarat perjalanan ke Sabah dan Sarawak, proses yang diperlukan di lapangan terbang kini lebih pantas dan para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 3 jam sebelum masa berlepas.

Daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App 

  • AirAsia juga telah mewajibkan para tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App sebelum mereka bertolak ke lapangan terbang atau seawal 14 hari sebelum penerbangan. Para tetamu hanya perlu mengemukakan sijil lengkap vaksinasi di MySejahtera kepada kakitangan AirAsia di lapangan terbang. Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu warga emas, kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (di bawah usia 2 tahun), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri. AirAsia sedia membantu para tetamu yang tidak dapat mendaftar masuk secara kendiri atau mendaftar untuk FACES melalui airasia Super App. Caj daftar masuk melalui kaunter berjumlah sehingga RM100 mungkin akan dikenakan untuk para tetamu yang memilih untuk mendaftar masuk melalui kaunter.

Daftar untuk mula menggunakan sistem pengecaman wajah FACES

  • AirAsia telah melancarkan sistem pengecaman wajah FACES untuk meningkatkan ciri keselamatan, menjadikan keseluruhan perjalanan digital sepenuhnya, tanpa sentuhan dan lebih lancar. Semua tetamu digalakkan untuk mendaftar dengan FACES dengan hanya beberapa langkah mudah di airasia Super App.

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama satu tahun setengah untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya. Demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya, AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 

Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini. Untuk membuat perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus.

Ikuti perkembangan dan tawarkan terkini airasia Super App di @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

Malaysia, News, EnglishM ASepang