Nikmati tawaran istimewa untuk ahli AirAsia di laman web dan aplikasinya
SEPANG, 1 Ogos 2018 - Percutian anda dengan AirAsia bakal menjadi lebih istimewa!
Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati lebih keistimewaan, termasuk diskaun segera dan banyak lagi apabila mereka menempah penerbangan terus di laman web airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia.
Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “Kemudahan para tetamu amat penting bagi kami. Justeru, kami terus menyahut cabaran untuk memberikan yang terbaik kepada mereka. Kami amat berbesar hati untuk menawarkan Ahli BIG pelbagai keistimewaan dan ganjaran apabila mereka menempah penerbangan melalui laman web atau aplikasi kami, seterusnya memberikan mereka tambang rendah sepanjang masa.”
Ahli AirAsia BIG akan menikmati keistimewaan perjalanan eksklusif seperti berikut:
1. Diskaun segera untuk semua penerbangan
Nikmati diskaun RM10 untuk penerbangan pergi balik atau diskaun RM5 untuk perjalanan sehala untuk semua tempahan baharu yang dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia. Diskaun ini tersedia untuk semua penerbangan serta tambang promosi.
2. Penerbangan dan produk tambahan kini boleh dibayar dengan Mata Ganjaran AirAsia BIG
Selain dapat menikmati tawaran penerbangan terbaik ke lebih 130 destinasi dan mempunyai keutamaan tempahan untuk promosi, para ahli kini boleh menggunakan Mata Ganjaran AirAsia BIG mereka untuk membayar penerbangan dan produk tambahan seperti tempat duduk, hidangan, bagasi dan banyak lagi. Akan tetapi, Mata Ganjaran AirAsia BIG tidak boleh ditebus untuk membayar cukai, yuran dan caj.
3. Pembayaran lancar semudah satu klik dengan 'BigClick'
Nikmati tambang rendah dengan ciri pembayaran 'BigClick' kami yang menyediakan pembayaran lebih pantas dan mudah untuk semua pembelian. Para tetamu tidak perlu lagi memasukkan semula butiran kad mereka untuk setiap pembayaran kerana 'BigClick' boleh menyimpan maklumat kad kredit dan debit mereka dengan selamat. Simpan butiran kad anda sekarang dan dapatkan 100 Mata Ganjaran AirAsia BIG.
4. Cari tambang terendah dengan ciri ‘Low-Fare Finder’
Para ahli kini boleh menggunakan ciri ‘Low-Fare Finder’ untuk mencari tambang termasuk semua terendah. Tambang terendah akan dipaparkan dengan warna hijau apabila mereka memilih tarikh perjalanan yang dikehendaki.
5. Urus tempahan penerbangan dan tambahan dengan pautan ‘Tempahan Saya’
Terlupa untuk menempah hidangan atau bagasi tambahan setelah membuat pembayaran? Jangan risau kerana urusan penerbangan akan datang dan produk tambahan boleh dibuat dengan mudah melalui pautan ‘Tempahan Saya’. Jangan lupa untuk membuat pra-tempahan untuk menikmati penjimatan yang lebih baik!
Untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG secara persuma, layari airasia.com dan klik “Daftar”.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).