Ohayosan Osaka! AirAsia X kembali ke kota kulinari Jepun hari ini
SEPANG, 21 Januari 2023 - AirAsia X (AAX) kembali ke Osaka, Jepun pada hari ini seterusnya mengembangkan lagi rangkaiannya ke/dari negara matahari terbit.
Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.45 malam tadi dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini. Sempena meraikan penyambungan semula perkhidmatannya ke kota kulinari Jepun, para tetamu yang menaiki penerbangan sulung menerima cenderamata dan diraikan dengan persembahan istimewa sebelum menaiki pesawat.
Penerbangan tiga kali seminggu ke Osaka dijangka akan membawa lebih 116,000 pelancong antara Malaysia dan Jepun pada setiap bulan, seterusnya merangsang sektor pelancongan kedua-dua buah negara.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Kami berbesar hati untuk memulakan tahun baru dengan pengumuman laluan ke-13 kami iaitu dari Kuala Lumpur ke Osaka. Selepas menyambung semula perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo pada akhir tahun lepas, kami telah membawa hampir 30,000 tetamu antara Malaysia dan Jepun selepas pandemik.
“Kami berbesar hati melihat permintaan kukuh bagi penerbangan sulung ini dengan muatan melebihi 95% dan kami yakin bahawa laluan ini akan diterima dengan baik walaupun ianya kompetitif. Apabila permintaan perjalanan semakin meningkat, kami akan terus mengembangkan perkhidmatan kami ke destinasi menarik di Asia dari hab serantau kami di Kuala Lumpur dan Bangkok.”
Untuk meraikan perkhidmatan semula ke salah satu destinasi paling popularnya, AAX menawarkan tambang termasuk semua* bernilai hebat antara Kuala Lumpur dan Osaka daripada RM699/JPY29,990 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM2,999/JPY106,640 sehala untuk Premium Flatbed.
Sebagai sebuah Kumpulan, AAX terbang ke tiga destinasi di Jepun iaitu Tokyo, Osaka dan Sapporo dari Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh AirAsia X Malaysia (D7) dan dari Bangkok (Suvarnabhumi) yang dikendalikan oleh AirAsia X Thailand (XJ).
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Osaka, Jepun:
*Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan sebarang caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempoh tempahan dari sekarang hingga 29 Januari 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 30 September 2023.